awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lancar laman web khas #Bajet2018 bagi dapatkan input rakyat

Bernama
Bernama
03/09/2017
10:56 MYT
Kerajaan lancar laman web khas #Bajet2018 bagi dapatkan input rakyat
Kerajaan menyediakan satu laman web khas berciri interaktif bagi mendapatkan input rakyat untuk #Bajet2018 di blog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, https://bajet2018.najibrazak.com. - Gambar fail
Kerajaan menyediakan satu laman web khas berciri interaktif bagi mendapatkan input rakyat untuk #Bajet2018 di blog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, https://bajet2018.najibrazak.com.
Laman web khas itu akan dibuka kepada umum mulai 4 Sept, 2017 sehingga 18 Sept, 2017.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata langkah itu menyamai usaha tahun-tahun sebelum ini berikutan maklum balas dan cadangan rakyat yang memainkan peranan penting dalam pembentukan bajet tahunan negara.
"Terdapat 14 kategori dalam laman ini yang bersesuaian dengan inti pati yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib pada 27 Okt, 2017 kelak.
"Ini antaranya ekonomi digital, kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, perkhidmatan penjagaan kesihatan, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan desa, alam sekitar dan pertanian, belia dan sukan, budaya dan pelancongan serta keselamatan awam dan ketelusan," kata beliau.
Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat Malaysia digalakkan untuk mengemukakan sebanyak mungkin input agar dapat sama-sama mengambil bahagian dalam pembentukan #Bajet2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bajet 2018
#Bajet2018
#Najib Razak
#najibrazak com
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan