KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah memfailkan balasan kepada permohonan Goldman Sachs berkenaan arbitrasi pada 8 Nov 2023, dan kedua-dua pihak kini sedang dalam proses rundingan untuk mencapai persetujuan tentang jadual masa prosedur.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pihaknya juga sedang mempertimbangkan tindakan prosiding ke atas beberapa bank luar negara yang telah memudahcara pemindahan wang berkaitan 1MDB.
Jelasnya lagi, tindakan bank-bank tersebut dilakukan tanpa menjalankan proses Know Your Client (KYC) mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Pasukan Petugas Khas 1MDB, komited untuk menangani isu berkaitan 1MDB dengan telus, dan memastikan semua pihak terlibat untuk bertanggungjawab.
“Tahap kerumitan Perjanjian Penyelesaian yang tinggi memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh, dan Pasukan Petugas Khas 1MDB sedang terlibat dengan aktif dalam proses arbitrasi, bagi memastikan resolusi yang adil demi kepentingan rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Johari berkata, Goldman Sachs memaklumkan bahawa tanggungjawabnya untuk melunaskan jaminan pemulihan aset sebanyak ASD1.4 bilion (RM6.63 bilion) telah diketepikan apabila mereka dikenakan denda RM2.8 bilion oleh AmBank, dan perjanjian penyelesaian sebanyak ASD1.8 bilion dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).
Bagaimanapun, beliau berkata, Kerajaan Malaysia telah mencabar kenyataan tersebut, dan menegaskan denda yang dikenakan oleh AmBank dan penyelesaian dengan IPIC tidak ada kena mengena dengan skop jaminan pemulihan aset sebanyak ASD1.4 bilion itu.
Johari berkata, Pasukan Petugas Khas Pemulihan Aset 1MDB telah bermesyuarat pada Isnin untuk membincangkan kemaskini serta status pemulihan aset, dan lain-lain hal berkaitan sanggahan Goldman Sachs.
Beliau berkata, pasukan tersebut juga sedang mengkaji sama ada perunding dan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia pada masa itu, mungkin telah gagal dalam tanggungjawab fidusiari mereka, atau cuai dalam melaksanakan perjanjian penyelesaian.
Buat masa ini, katanya lagi, Pasukan Petugas Khas mendapati perunding dan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia pada masa itu gagal mendapatkan penyelesaian yang adil dan sewajarnya daripada Goldman Sachs.
Tambahnya lagi, sebarang tindakan sedemikian di pihak perunding dan peguam, yang gagal merundingkan perjanjian penyelesaian yang adil dan jelas telah menjejaskan kedudukan kerajaan Malaysia dalam pertikaian yang sedang berjalan..
Untuk rekod, perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada Ogos 2020 antara Kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs, memerlukan firma pembankan itu untuk membayar ASD2.5 bilion tunai, dan menyediakan jaminan pemulihan aset sebanyak ASD1.4 bilion.
Firdaus Azil
Tue Jan 23 2024
Bank asing tersebut didakwa memudahcara transaksi 1MDB tanpa proses Know Your Client (KYC) mengikut prosedur yang ditetapkan.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.