GAZA: Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.

Seorang pegawai pertahanan AS memaklumkan anggaran kos untuk membina jeti maritim itu telah meningkat kepada AS$320 juta (RM1.53 bilion).

Angka itu, yang belum dilaporkan sebelum ini, menggambarkan skala besar usaha pembinaan yang dikatakan Pentagon melibatkan kira-kira 1,000 anggota perkhidmatan AS, kebanyakan daripada mereka anggota tentera darat dan tentera laut.

Namun difahamkan, kos itu menelan hampir dua kali ganda daripada anggaran awal pada awal tahun ini.

Presiden Joe Biden mengumumkan pembinaan jeti maritim pada Mac ketika pegawai bantuan menggesa Israel untuk memudahkan akses bekalan bantuan ke Gaza melalui laluan darat.

Dengan membuka laluan kedua bantuan, pegawai pentadbiran Biden berharap dapat mengelakkan masalah kebuluran di utara Gaza.