KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah memfailkan balasan kepada permohonan Goldman Sachs berkenaan arbitrasi pada 8 Nov 2023, dan kedua-dua pihak kini sedang dalam proses rundingan untuk mencapai persetujuan tentang jadual masa prosedur.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pihaknya juga sedang mempertimbangkan tindakan prosiding ke atas beberapa bank luar negara yang telah memudahcara pemindahan wang berkaitan 1MDB.
Jelasnya lagi, tindakan bank-bank tersebut dilakukan tanpa menjalankan proses Know Your Client (KYC) mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Pasukan Petugas Khas 1MDB, komited untuk menangani isu berkaitan 1MDB dengan telus, dan memastikan semua pihak terlibat untuk bertanggungjawab.
“Tahap kerumitan Perjanjian Penyelesaian yang tinggi memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh, dan Pasukan Petugas Khas 1MDB sedang terlibat dengan aktif dalam proses arbitrasi, bagi memastikan resolusi yang adil demi kepentingan rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Johari berkata, Goldman Sachs memaklumkan bahawa tanggungjawabnya untuk melunaskan jaminan pemulihan aset sebanyak ASD1.4 bilion (RM6.63 bilion) telah diketepikan apabila mereka dikenakan denda RM2.8 bilion oleh AmBank, dan perjanjian penyelesaian sebanyak ASD1.8 bilion dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).
Bagaimanapun, beliau berkata, Kerajaan Malaysia telah mencabar kenyataan tersebut, dan menegaskan denda yang dikenakan oleh AmBank dan penyelesaian dengan IPIC tidak ada kena mengena dengan skop jaminan pemulihan aset sebanyak ASD1.4 bilion itu.
Johari berkata, Pasukan Petugas Khas Pemulihan Aset 1MDB telah bermesyuarat pada Isnin untuk membincangkan kemaskini serta status pemulihan aset, dan lain-lain hal berkaitan sanggahan Goldman Sachs.
Beliau berkata, pasukan tersebut juga sedang mengkaji sama ada perunding dan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia pada masa itu, mungkin telah gagal dalam tanggungjawab fidusiari mereka, atau cuai dalam melaksanakan perjanjian penyelesaian.
Buat masa ini, katanya lagi, Pasukan Petugas Khas mendapati perunding dan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia pada masa itu gagal mendapatkan penyelesaian yang adil dan sewajarnya daripada Goldman Sachs.
Tambahnya lagi, sebarang tindakan sedemikian di pihak perunding dan peguam, yang gagal merundingkan perjanjian penyelesaian yang adil dan jelas telah menjejaskan kedudukan kerajaan Malaysia dalam pertikaian yang sedang berjalan..
Untuk rekod, perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada Ogos 2020 antara Kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs, memerlukan firma pembankan itu untuk membayar ASD2.5 bilion tunai, dan menyediakan jaminan pemulihan aset sebanyak ASD1.4 bilion.
Firdaus Azil
Tue Jan 23 2024
Bank asing tersebut didakwa memudahcara transaksi 1MDB tanpa proses Know Your Client (KYC) mengikut prosedur yang ditetapkan.
Ramai kalangan jemaah Malaysia dirawat kerana masalah berkaitan persekitaran
Secara keseluruhan terdapat 5,681 pesakit yang datang ke klinik sama ada di Pusat Rawatan Mekah atau Pusat Rawatan Madinah.
Wanita pertama urus operasi TH di Mekah sedia santuni jemaah
Buat pertama kali tahun ini, wanita dipilih untuk menguruskan tiga unit di bawah pengurusan operasi Mekah.
SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan Bursa Sosial (SE) dalam masa terdekat.
Kerangka MADANI teras pendekatan strategik pacu masa depan ekonomi - Amir Hamzah
Langkah memperkenalkan kerangka ekonomi MADANI mencerminkan komitmen Malaysia merangka hala tuju yang jelas bagi masa depan ekonominya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Daya ketahanan mental lebih baik daripada sebelum ini - Azizulhasni
Azizulhasni menetapkan sasaran untuk memenangi emas di Olimpik Paris pada penampilan terakhirnya dan kelima di temasya terbesar dunia itu.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.9 peratus pada April 2024
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus meningkat sebanyak 1.9 peratus.
Peningkatan prestasi subjek STEM SPM 2023 bakal lahirkan generasi berpacu inovasi - MOSTI
Ia adalah langkah bermakna ke arah membina rakyat Malaysia yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan berpacukan inovasi.
KKR bangunkan pusat informasi dan data analitik sektor pembinaan
Kementerian Kerja Raya (KKR) membangunkan Pusat Informasi dan Data Analitik Sektor Pembinaan Nasional (NCIP) bagi memperkasa penyampaian perkhidmatannya.
Penubuhan institusi pendidikan Islam perlu mengikut prosedur - Tengku Mahkota Pahang
Kerancakan memartabatkan Islam melalui penubuhan apa jua institusi pendidikan Islam perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama.
Jepun-Greece rai diplomasi lampau 125 tahun
Jepun dan Greece meraikan hubungan diplomasi lampau yang bermula sejak 125 tahun lalu dengan lawatan rasmi sepanjang minggu ini di Greece.
Hubungan yang disifatkan istimewa antara dua negara ini menjadi lebih istimewa kerana Puteri Kako iaitu anak buat kepada maharaja Naruhito mencemar duli hadir ke negara berkenaan untuk menzahirkan ucapan dalam surat yang diutuskan oleh Maharaja Negara Matahari Terbit itu.
Hubungan yang disifatkan istimewa antara dua negara ini menjadi lebih istimewa kerana Puteri Kako iaitu anak buat kepada maharaja Naruhito mencemar duli hadir ke negara berkenaan untuk menzahirkan ucapan dalam surat yang diutuskan oleh Maharaja Negara Matahari Terbit itu.