KUALA LUMPUR: Langkah memperkenalkan kerangka ekonomi MADANI mencerminkan komitmen Malaysia merangka hala tuju yang jelas bagi masa depan ekonominya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata kerajaan telah membentangkan perancangannya dalam mengemudi negara selain menetapkan garis panduan jelas bagi memajukan ekonomi.
"Di bawah kerangka MADANI, komponen yang menjadi tumpuan adalah untuk menjadikan ekonomi lebih mantap, produktif serta mempunyai nilai tambah.
"Elemen kedua adalah bagi memastikan aspek wang (hasil) dapat disalurkan kepada semua golongan masyarakat dan menangani perkara-perkara asas seperti penyediaan pendidikan infrastruktur yang baik, kesihatan dan menghapuskan kemiskinan dalam negara," kata beliau pada sesi perbincangan Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) bersama menteri-menteri di sini, pada Selasa.
Pada masa sama, Amir Hamzah berkata Malaysia mempunyai banyak pembaharuan untuk dilaksanakan bagi membina masa depan lebih berdaya tahan dan inklusif.
"Komponen ketiga adalah dalam memastikan ekonomi berkembang atau pengimbangan semula masyarakat yang turut diberi peluang, kita juga perlu memastikannya bersifat mampan bagi kemajuan masa depan.
"Dalam kemampanan sedemikian, perlu dipastikan bahawa kerangka tadbir urus dalam negara mesti berjalan mengikut keperluannya," katanya.
Amir Hamzah menekankan bahawa kerangka terbabit perlu jelas dan seiring dengan hala tuju kerajaan supaya mereka yang berhasrat untuk datang dan melabur di Malaysia juga jelas mengenai matlamat atau tumpuan negara.
Terdahulu, beliau melancarkan Dana Pemacu oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan hab blockchain patuh Syariah (SBH) pertama di dunia bagi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).
GFIEF yang berlangsung selama dua hari, bertemakan 'Shaping a Resilient Global Islamic Economy through Values-based Reforms' (Membentuk Ekonomi Islam Global Berdaya Tahan Menerusi Pembaharuan Berasaskan Nilai) dan menghimpunkan lebih 2,300 delegasi dari 37 negara.
Di bawah naungan Kementerian Kewangan, GFIEF dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, LFSA, Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa, Bank Pembangunan Islam, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam dan Kumpulan Bank Dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024

Amir berkata langkah memperkenalkan kerangka ekonomi MADANI mencerminkan komitmen Malaysia merangka hala tuju yang jelas bagi masa depan ekonominya. - Foto fail/BERNAMA

Kerajaan lulus RM38 juta untuk pengangkutan gula ke Sabah, Sarawak dan Labuan - Armizan
Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM38 juta setahun bagi menampung kos pengangkutan perkapalan untuk membawa gula putih bertapis dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan.
[TERKINI] Gempa bumi kuat landa Myanmar, beberapa negara turut terkesan
Gempa bumi dengan magnitud 7.7 landa Myanmar yang setakat ini telah mengorbankan seramai 15 orang. Junta Tentera Myanmar turut isytihar darurat di kawasan terlibat. Beberapa kawasan di Thailand turut terkesan dengan gegaran. Syaff Syukri bawakan perkembangan terkini situasi gempa di Myanmar
AWANI Ringkas: Gempa kuat landa Myanmar, negara jiran turut rasai gegaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gegaran gempa bumi Myanmar turut dirasai di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda di tengah Myanmar pada hari ini turut dirasai oleh rakyat Malaysia.

Aidilfitri: Indonesia kerah kapal perang untuk perjalanan balik kampung lebih selamat
Tentera Laut Indonesia mengerahkan sebuah kapal perang bagi membawa penumpang dan motosikal mereka, dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas sertamenjelang Aidilfitri.

Hari Polis ke-218: Kepada PDRM disandarkan harapan, pastikan Malaysia kekal aman
Keamanan yang dicapai Malaysia tidak mungkin dinikmati tanpa pasukan PDRM.

Mesej Kim Soo Hyun kepada Kim Sae Ron tular, netizen luah rasa jijik
Netizen luah rasa marah selepas tular satu tangkap layar mesej yang didakwa daripada pelakon terkenal Korea, Kim Soo Hyun kepada mendiang Kim Sae Ron.

Ibu dan anak didakwa sebabkan kecederaan dua beradik lelaki
Seorang ibu dan anaknya mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menganiaya dua beradik lelaki sehingga menyebabkan kecederaan.

Bursa Saham Thailand digantung serta-merta, susulan gempa bumi bermagnitud 7.7 di Myanmar
Gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar pada tengah hari Jumaat, menyebabkan gegaran kuat dirasai di Thailand termasuk ibu kota Bangkok.
Energy Asia 2025
Delivering Asia’s Energy Transition

2024, tahun untuk laksana kerangka Ekonomi MADANI - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan telah meletakkan garis panduan yang jelas bagi kemajuan ekonomi.

PM Anwar bertemu 15 syarikat terkemuka di Amerika, kongsi kerangka ekonomi MADANI
PM mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat terkemuka AS yang tersenarai dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon dan Boeing.

Kerangka Ekonomi MADANI, NETR dilancar bagi capai lonjakan besar ekonomi - Rafizi
Ia bertujuan menarik pelabur ke negara ini dan menjana peluang kerjaya yang bernilai tinggi, sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat.