KUALA LUMPUR : Kerajaan dicadangkan untuk menambah baik bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pakej rangsangan ekonomi yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.
Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana sektor PKS memainkan peranan yang penting terhadap pembangunan ekonomi negara apabila hampir 70 peratus tenaga kerja adalah dari sektor tersebut.
"Sektor PKS sebenarnya perniagaan yang menyumbangkan kira-kira 39 peratus kepadaKeluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
"Jadi disebabkan itu kalau kita mahu kurangkan kadar pengangguran dan memastikan lebih ramai mendapat pekerjaan, maka pemain PKS, industri pelancongan dan hospitaliti harus diberi perhatian khusus kerana mereka menggaji majoriti penduduk kita," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Ahmed Razman berkata, pemulihan ekonomi negara dapat dipercepatkan jika majoriti penduduk dewasa menerima vaksin.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tempoh sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berikutan desakan pelbagai pihak, beliau berkata, PRU tidak boleh diadakan sehingga separuh daripada populasi negara menerima suntikan vaksin COVID-19.
"Kita menharapkan sekurang-kurangnya 50 hingga 60 peratus daripada rakyat kita akan menerima vaksin pada bulan Jun atau Julai tahun ini.
"Kalau berjaya mencapai imuniti kelompok, maka waktu itu mungkin sesuai untuk diadakan PRU. Pun begitu ia adalah bergantung kepada kadar vaksinasi, " jelasnya.
Umavathi Ramayah
Sun Mar 14 2021

Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pemulihan ekonomi negara dapat dipercepatkan jika majoriti penduduk dewasa menerima vaksin. - Foto Facebook/Ahmed Razman Abdul Latiff

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.

Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras.

Laluan, kawasan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Pulau Pinang sesak, ada yang pengsan
Orang ramai, terutama penganut Hindu, semakin memenuhi jalan dan kawasan menghala ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani.

Pelbagai pihak bantu ringankan beban mangsa banjir di Sarawak
Selain NGO, beberapa syarikat swasta turut turun padang menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.

Laos sasar 4.3 juta pelancong asing pada 2025
Laos menyasarkan untuk menarik 4.3 juta pelancong antarabangsa pada 2025, dengan jangkaan menjana pendapatan lebih US$1 bilion.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seru lebih ramai pemimpin wanita dari Borneo menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.

CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.

PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Fasa akhir kempen vaksinasi polio di utara Gaza disambung - WHO
WHO merancang untuk memberikan dos kedua vaksin polio oral kepada 119,000 kanak-kanak di kawasan berkenaan.

Kempen vaksin polio di Gaza terhenti akibat pengeboman - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memaklumkan bahawa kempen vaksinasi polio di utara Gaza terpaksa ditangguhkan berikutan pengeboman oleh Israel dan perpindahan penduduk.

Kerajaan belum cadang laksana program vaksinasi mpox di Malaysia
Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan program vaksinasi bagi penyakit cacar monyet atau mpox untuk rakyat negara ini.

Mendepani cabaran hepatitis di Malaysia
Stigma yang dikaitkan dengan penyakit hepatitis atau radang hati menjadi salah satu halangan kepada pengurusan penyakit itu dengan berkesan malah membuatkan orang ramai enggan melakukan saringan.

Uganda lancar kempen vaksinasi besar-besaran demam kuning
Menteri Kesihatan Ruth Aceng berkata kempen itu akan diadakan di enam wilayah.

COVID-19: Indonesia laksana semula vaksinasi hujung tahun ini
Sebelum pelaksanaannya, Kementerian Kesihatan akan menjalankan kajian terperinci.

Sains tingkah laku pertahanan untuk sistem kesihatan - Khairy
Khairy menegaskan komunikasi yang tepat dan jelas memainkan peranan penting untuk merubah gaya hidup masyarakat, sekaligus melindungi sistem penjagaan kesihatan.

Bermula 1 Mei, pelitup muka di luar bangunan, kawasan terbuka tidak lagi wajib - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan.

JAKOA tubuh 'task force' jayakan PICKids
Pasukan itu melibatkan pelbagai agensi terutamanya Kementerian Kesihatan Kementerian Pendidikan dan agensi kerajaan berkaitan.

Negara lepasi kemuncak Omicron, tapi SOP masih berkuat kuasa - Khairy
Khairy mengingatkan bahawa masih terdapat SOP yang perlu diikuti, untuk terus memastikan jangkitan COVID-19 stabil di negara ini.