SERDANG: Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk individu termasuk siswazah yang berminat memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah menerusi Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata program pembiayaan melalui Agrobank itu turut meliputi pemohonan untuk membeli mesin bagi tujuan perniagaan makanan atau pembelian motosikal bagi tujuan penghantaran makanan menerusi platform e-hailing.
Berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 di sini hari ini, Ismail Sabri berkata program itu menawarkan pembiayaan sebanyak RM5,000 bagi peringkat pertama dan RM10,000 bagi peringkat kedua.
"Pemohon diberikan moratorium bagi tempoh enam bulan pertama dan dikenakan tiga peratus kadar keuntungan bagi bulan ketujuh dengan tempoh maksimum pembiayaan sehingga 60 bulan atau lima tahun," katanya.
Turut hadir pada perasmian MAHA 2022 itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika hadir pada Majlis Perasmian MAHA 2022 di MAEPS. - Foto BERNAMA

Bot karam Redang: Pencarian dua lagi nelayan hilang dihentikan
operasi pencarian yang diaktifkan selama empat hari ditamatkan pada jam 7 malam jumaat susulan pasukan pencarian tidak menemui sebarang petunjuk.

Warga Pakistan jadi pendaki termuda dunia takluk puncak melepasi ketinggian 8,000m
Shehroze Kashif kini menjadi pendaki gunung termuda di dunia yang berjaya mendaki 10 puncak gunung yang melebihi 8,000 meter.

PPVN akan beri tumpuan hasilkan pelbagai jenis vaksin
Jawatankuasa Kecil Rangkaian Kerjasama Vaksin bermesyuarat pada 7 Jun untuk mengenal pasti jenis vaksin yang akan dibangunkan.

Cuepacs harap khabar gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini
Cuepacs berharap kerajaan dapat melaksanakan sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil serta saksama untuk semua penjawat awam di negara ini.

Jangan lewatkan kelulusan pekerja asing - FMM
Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) mengulangi gesaan agar prosedur permohonan semasa untuk kelulusan pekerja asing dikekalkan bagi menjamin kelicinan keputusan.

Malaysia sokong, bekerjasama dalam program UN-Habitat - PM
Kerajaan yakin UN-Habitat akan terus cemerlang di bawah kepemimpinan Maimunah bagi menjayakan aktiviti dan program berkaitan SDG.

Penulis kontroversi Salman Rushdie cedera ditikam atas pentas
Penulis kontroversi Salman Rushdie, cedera selepas ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Isu iPay88 | K-KOMM ambil tindakan serta-merta
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sudah mengambil tindakan serta merta berhubung insiden keselamatan siber membabitkan penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian, iPay88. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan Cyber Security Malaysia (CSM) yang mengadakan pertemuan dengan pihak iPay88 pada Jumaat.
![[TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang [TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982384/thumbnails/28747943721660322823997_640x360.jpg)
[TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang
Penulis novel kontroversi, Salman Rushdie, diserang ketika beliau hendak memberi syarahan di New York, pada Jumaat. Serangan dilakukan oleh seorang lelaki yang belum dikenal pasti.

Polis nafi kasari suspek kes dadah
Polis menafikan dakwaan bahawa seorang suspek telah dikasari sehingga menyebabkan kecederaan serius dalam satu serbuan di Seri Manjung, Lumut seperti yang tular di akaun Twitter seorang pemilik.

Kerajaan peruntuk RM50 juta di bawah program pembiayaan PEMULIH NewBiz - PM
Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk individu termasuk siswazah yang berminat memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah menerusi Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz.