awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sentiasa pastikan sebarang perjanjian akan sokong pembaharuan ekonomi - Zafrul

Bernama
Bernama
16/07/2025
08:57 MYT
Kerajaan sentiasa pastikan sebarang perjanjian akan sokong pembaharuan ekonomi -  Zafrul
Tengku Zafrul berucap pada Majlis Perasmian International Healthcare Week (IHW) 2025 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pendekatan rundingan kerajaan sentiasa memastikan bahawa sebarang persetujuan yang dicapai menyokong pembaharuan ekonomi negara dan strategi pertumbuhan mampan.

Ringkasan AI
  • Rundingan Kerajaan Berasaskan Kepentingan Jangka Panjang: Tengku Zafrul menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menandatangani perjanjian yang memberi kesan negatif jangka panjang kepada rakyat, industri dan ekonomi negara.
  • Penolakan Perjanjian Bersifat Sementara dan Tidak Kukuh: Beliau menyatakan bahawa tajuk berita yang menggembirakan hanya bersifat sementara, manakala perjanjian yang lemah boleh membawa kesan buruk berpanjangan.
  • Komitmen kepada Perdagangan Adil dan Terbuka: Objektif utama rundingan adalah memastikan perjanjian menyokong perdagangan pelbagai hala yang berasaskan peraturan dan adil, dengan WTO sebagai tunjang utama.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata hasil jangka panjang yang negatif bukanlah apa yang orang ramai mahukan, ataupun apa yang diperlukan oleh pembayar cukai pada masa ini dan masa depan.
"Tajuk berita yang menarik dan menggembirakan hanya bertahan selama beberapa hari, paling lama seminggu. Bagaimanapun, perjanjian yang tidak dicapai dengan baik akan membawa kesan jangka panjang kepada pekerja, industri dan ekonomi kita.
"Objektif kita mudah: kita mahu memastikan bahawa sebarang perjanjian menyokong perdagangan pelbagai hala yang terbuka, berasaskan peraturan dan adil, dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebagai tunjangnya," katanya menerusi ucap tama beliau pada Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa (IHW) 2025, di sini, hari ini.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#perjanjian
#ekonomi
#WTO
#tarif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan