awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yu Qi bertemu Kunlavut pada final Terbuka Malaysia 2026
UPSR, PT3 dikaji semula: Ahli akademik cadang penambahbaikan
76 pesakit dirawat sehari: Amaran serius kesihatan jantung rakyat Malaysia - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan umum peruntukan lebih besar dalam Bajet 2016 - Ahmad Husni

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
01/10/2015
10:02 MYT
Kerajaan umum peruntukan lebih besar dalam Bajet 2016 - Ahmad Husni
AHMAD HUSNI: Di bawah RMK11, pendidikan dikenal pasti sebagai ejen meningkatkan taraf ekonomi golongan berpendapatan rendah.
Kerajaan dijangka mengumumkan bajet yang lebih tinggi bagi 2016 pada 23 Oktober ini berikutan ia merupakan bajet permulaan bagi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata Bajet 2016 akan menyaksikan peruntukan lebih besar bagi perbelanjaan pembangunan dengan pengurangan dalam pengendalian operasi.
"Ia sangat mencabar untuk mengimbangi antara ekonomi yang tidak menentu dan memastikan visi untuk mempunyai kemakmuran tinggi untuk rakyat akan tercapai," katanya selepas majlis pelancaran Skim Perumahan Belia (YHS) di sini, hari ini.
Tambah beliau, Bajet 2016 juga dirangka berlandaskan konsep mengoptimumkan nilai.
"Kami lebih memfokuskan konsep nilai untuk wang. Ini bermakna kita mahu mendapatkan kembali kepada RM1 apabila membelanjakan RM1. Kami tidak mahu apa-apa pembaziran. Saya tidak boleh mengatakan terdapat pembaziran dalam kerajaan tetapi kami mahu memastikan, diberi tempoh yang mencabar ini, ini adalah masa untuk kita menilai kembali perbelanjaan kita," katanya.
Sementara itu, tumpuan Bajet 2016 adalah menyediakan inisiatif untuk mencapai pendapatan tinggi serta memberikan pendidikan berkualiti, selari dengan hasrat kerajaan dalam RMK11.
Di bawah RMK11, pendidikan dikenal pasti sebagai ejen meningkatkan taraf ekonomi golongan berpendapatan rendah.
Husni berkata Bajet 2016 akan dikaji semula berdasarkan perubahan harga minyak semasa.
Topic Berkaitan
##Bajet2016
#Bajet 2016
#Husni Hanadzlah
#Rancangan Malaysia ke-11
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan