awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan usaha kurangkan kadar defisit fiskal kepada 4.3 peratus tahun ini - Fahmi

Bernama
Bernama
18/02/2024
22:45 MYT
Kerajaan usaha kurangkan kadar defisit fiskal kepada 4.3 peratus tahun ini - Fahmi
Fahmi berkata, bagi memastikan negara berada dalam landasan ekonomi yang tepat, tiga asas ekonomi perlu diutamakan iaitu pelaburan, peluang pekerjaan dan inflasi. - Facebook Fahmi
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan akan berusaha mengurangkan kadar defisit fiskal negara kepada 4.3 peratus pada tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Dalam hantaran di Facebook beliau malam tadi, Fahmi berkata, defisit fiskal telah berjaya dikurangkan daripada 5.6 peratus pada 2022 kepada lima peratus tahun lepas.
Beliau yang juga jurucakap kepada kerajaan berkata, Malaysia mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tiga peratus pada suku keempat 2023 walaupun berdepan persekitaran luar yang sangat mencabar pada tahun itu.
Fahmi berkata, untuk memastikan negara berada dalam landasan ekonomi yang tepat, tiga asas ekonomi iaitu pelaburan perlu diutamakan selain peluang pekerjaan baharu perlu diberi fokus dan harga barang hendaklah terkawal.
“Kalau lihat pada ketiga-tiga asas ini, insya-Allah kita di landasan ekonomi yang tepat… kadar pengangguran menurun, inflasi menurun dan FDI (pelaburan langsung asing) meningkat," kata beliau.
Dalam hantaran sama Fahmi turut berkongsi infografik pencapaian perkembangan ekonomi negara bagi suku keempat 2023 yang antara lain menyaksikan jumlah FDI merekodkan pelaburan RM17.1 billion. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#defisit fiskal
#pelaburan
#peluang pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan