awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta Proton mampu dipandu sejauh 640km dengan hanya satu tangki penuh

Bernama
Bernama
26/07/2018
03:59 MYT
Kereta Proton mampu dipandu sejauh 640km dengan hanya satu tangki penuh
Aktiviti terakhir sebelum tiba di garis penamat ialah Pengalaman Pemanduan Dinamik dengan peserta melalui pengalaman pertama pengendalian pemanduan mengembirakan dengan kenderaan PROTON.
Pengembaraan Proton 1-Tank Proton Holdings Bhd di Wilayah Tengah berakhir dengan kejayaan pada 18 Julai 2018, membabitkan 36 peserta dalam 18 kereta yang meliputi jarak sejauh 640 kilometer, dengan hanya dengan satu tangki penuh bahan api.
Peserta yang terdiri daripada pengamal media, selebriti serta orang awam, memandu sama ada Proton Saga 1.3 transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT), Persona 1.6 CVT atau Iriz 1.3 CVT, dari Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam ke Ipoh dan kembali ke Setia Gemilang Auto, Shah Alam.
Perjalanan bermula di lebuh raya dengan peserta memandu laju antara 80km/jam dan 100km/jam sebelum memandu 60km/jam hingga 80km/jam di jalan alternatif dengan lalu lintas lain, projek pembinaan jalan, lori dan keadaan jalan harian biasa, kata syarikat pembuat kereta nasional itu dalam satu kenyataan.
Aktiviti terakhir sebelum tiba di garis penamat ialah Pengalaman Pemanduan Dinamik dengan peserta melalui pengalaman pertama pengendalian pemanduan mengembirakan dengan kenderaan PROTON, yang dilengkapi ciri keselamatan aktif ASEAN Lima Bintang kereta Persona dan Iriz, seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Kawalan Cengkaman (TC) dan Sistem Brek Anti-Kekunci (ABS).
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahan api
#Ipoh
#keselamatan
#pengembaraan
#penuh
#Proton
#Proton Holdings
#shah alam
#tangki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan