KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) serta Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan bekerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan bagi mewujudkan dasar yang lebih strategik dalam menjaga kebajikan pekebun kecil getah seluruh negara.
Dalam kenyataan pada Ahad, KPK menjelaskan pihaknya memahami situasi yang dialami pekebun kecil khususnya semasa kejatuhan harga getah, justeru akan memastikan program serta aktiviti yang lebih tuntas dilaksanakan agar dapat meringankan beban golongan tersebut.
"Kementerian amat prihatin mengenai isu kejatuhan harga getah dan kesannya kepada pekebun kecil getah dan penoreh di seluruh negara terutama dalam mendepani kehidupan tatkala berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat," demikian menurut kementerian itu.
KPK mengulas bahawa penurunan harga getah berkait rapat dengan pelbagai faktor antaranya prospek ekonomi global yang lembap, peningkatan bekalan getah asli, penurunan harga minyak mentah yang mempengaruhi permintaan getah sintetik berbanding getah asli dalam pembuatan produk getah, kebimbangan mengenai hubungan perdagangan Amerika Syarikat-China dan ketidaktentuan daripada krisis Rusia-Ukraine.
Menurutnya, faktor pasaran serantau dan faktor ekonomi global tersebut memberi pengaruh besar ke atas pergerakan harga getah di pasaran.
Malaysia juga tidak mempunyai kedudukan yang kuat sebagai pengeluar untuk melakukan intervensi meningkatkan harga getah secara unilateral di pasaran antarabangsa memandangkan negara kini hanya mengeluarkan empat peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah dunia, jelas KPK.
"Walau bagaimanapun, dalam usaha membantu penoreh getah dan pekebun kecil getah, pihak kementerian dan LGM telah mengadakan siri perbincangan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan untuk mengurangkan impak kejatuhan harga getah," tambah kementerian itu.
Kementerian turut melaksanakan beberapa langkah dan usaha bagi membantu pekebun getah dalam menghadapi situasi kejatuhan harga getah dan peningkatan kos sara hidup iaitu Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil ketika harga getah rendah di pasaran di samping menggalakkan mereka terus menoreh.
"Melalui pelaksanaan IPG, pekebun kecil akan menerima harga getah peringkat ladang (50 peratus kandungan getah kering) sekurang-kurangnya pada harga RM2.50 sekilogram.
"Sejak IPG mula dilaksanakan pada September 2015 sehingga Disember 2022, IPG telah diagihkan kepada 202,533 pekebun kecil di seluruh negara dengan perbelanjaan berjumlah RM446 juta," menurutnya.
KPK menjelaskan selain itu, MyROL iaitu pemasaran getah melalui kaedah tender secara dalam talian turut dijalankan dan cara ini secara tidak langsung mendorong pencapaian harga tawaran yang lebih kompetitif bagi pekebun kecil.
Kini terdapat 11 pusat jualan getah di sekitar Kelantan, Perak dan Pahang menggunakan MyROL dalam urus niaga mereka dan ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 700 pekebun kecil, tambah KPK.
Kementerian juga melaksanakan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) untuk memberi peluang pekebun kecil menambah pendapatan dengan memberi galakan kepada mereka untuk meningkatkan pengeluaran lateks selain menggalakkan pekebun kecil beralih kepada menghasilkan susu getah berbanding getah sekerap.
"Bagi setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai program ini, mereka akan menerima insentif tunai sebanyak RM1.00 untuk sekilogram bagi 100 peratus kandungan getah kering (KGK).
"Para peserta juga menerima bantuan di dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun yang bernilai RM850 bagi setiap hektar secara 'one-off'," menurut KPK.
KPK menambah, Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) pula dilaksanakan bagi memastikan koperasi pekebun dan pengusaha ladang getah tempatan dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dengan cara memendekkan rantaian bekalan melalui penglibatan pekebun dalam rantaian industri getah (integrasi menegak).
"Projek ini dijangka dapat menambah nilai getah dan memberi pulangan dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil," menurutnya.
KPK melalui LGM juga telah memperkenalkan beberapa mekanisme dan inovasi bagi memastikan agihan bantuan kepada pekebun kecil dapat dilakukan dengan cekap seperti pelaksanaan Permit Autoriti Transaksi-Getah (PAT-G) iaitu pengenalan kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang memiliki atau mengusahakan kebun getah.
"Menerusi pengenalan ini, ia bukan sahaja dapat mengekang kes kecurian getah, namun bertindak sebagai pemudah cara kepada setiap pelaksanaan program dan inisiatif yang dijalankan kerajaan melibatkan pekebun kecil getah," jelas kementerian itu.
Menurut KPK, inovasi LGM iaitu RRIMniaga -- satu aplikasi telefon pintar yang dapat memudahkan urus niaga getah oleh peniaga getah berdaftar dengan LGM dan ia turut merekodkan transaksi urus niaga lebih telus dalam membantu pemantauan di peringkat LGM -- turut digunakan.
"Proses penyaluran bantuan seperti tuntutan IPG dan IPL bagi pemohon yang layak juga adalah lebih mudah kerana dapat dilakukan secara automatik dalam talian," menurut KPK.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023
Menurut KPK, Malaysia kini hanya mengeluarkan empat peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah dunia. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
IPG bagi pekebun kecil tidak diaktifkan pada Oktober - LGM
Lembaga Getah Malaysia mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) getah sekerap dan lateks bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak diaktifkan untuk Oktober 2024.
Kerajaan rangka pelan pulihkan 420,000 hektar tanah getah terbiar
Kerajaan sedang merangka pelan bagi menyatukan dan memulihkan tanah getah agar dapat diusahakan kembali, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
RISDA sambut baik kolaborasi strategik tangani kebun getah tidak bertoreh
RISDA komited mengadakan jalinan strategik bagi mengaktifkan Program Pemulihan Getah Terbiar mulai tahun ini.
Kerajaan bantu pekebun kecil patuhi tarikh akhir EUDR – Johari
Kata Johari, pelanjutan tarikh itu akan membantu memastikan pekebun kecil dapat mematuhi piawaian global.
Ramai pekebun tak faham, permohonan BUDI Agri-Komoditi masih rendah - Johari
Kerajaan menerima lebih 66,000 permohonan pekebun kecil di seluruh negara bagi program BUDI Agri-Komoditi setakat 20 Sept lepas, dengan 10,000 daripadanya merupakan permohonan rayuan.
Belanjawan 2025: KPK perlu RM10 juta 'perangi' ulat bungkus
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memohon peruntukan khas sebanyak RM10 juta khusus bagi memerangi masalah ulat bungkus yang menyerang pekebun kecil sawit menerusi Belanjawan 2025.
Lembaga Getah Malaysia aktifkan insentif getah Ogos bagi Sabah, Sarawak
Pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG mulai 1 hingga 30 Sept 2024 berdasarkan pengeluaran getah pada Ogos 2024.
LGM disaran rangka program konsolidasi bangunkan ladang getah terbiar
Lembaga Getah Malaysia (LGM) disaran merangka program konsolidasi untuk membangunkan ladang getah yang terbiar sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada getah import.
Kadar tanam semula lebih baik boleh tingkat minyak sawit Malaysia sebanyak 2.5 juta tan
Usaha meningkatkan kadar penanaman semula mengikut piawaian industri akan menambah lebih 2.5 juta tan kepada jumlah pengeluaran minyak sawit.