Skip to main content

Sukan

Masters Jepun: Komunikasi titik tolak detik manis Aaron Tai-Yap Roy King

Roy King dan Aaron Tai hampir mengulangi detik manis Terbuka Artik dengan kemenangan straight set sepanjang meniti laluan ke final. - StadiumAstro
Roy King dan Aaron Tai hampir mengulangi detik manis Terbuka Artik dengan kemenangan straight set sepanjang meniti laluan ke final. - StadiumAstro
Advertisement

"KOMUNIKASI menjadi faktor kemenangan kami."

Demikian dedah beregu lelaki negara, Yap Roy King, mengenai kebangkitan mereka dalam perlawanan akhir Masters Jepun 2026 hari ini dengan mengatasi cabaran tuan rumah, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Roy King dan Aaron Tai hampir mengulangi detik manis Terbuka Artik dengan kemenangan straight set sepanjang meniti laluan ke final.

Advertisement

Namun, kali ini mereka memerlukan pendekatan mereka sebelum menang 16-21, 21-13, 21-15 di Gimnasium Wilayah Kumamoto.

"Saya agak puas dengan persembahan di samping gandingan saya.

Advertisement

"Komunikasi menjadi faktor kemenangan kami," katanya.

Aaron menambah bahawa perubahan permainan di jaring: "Kami tidak fikir pasal gelaran ini, kami cuma berikan yang terbaik sahaja.

"Pihak lawan banyak beri tekanan kepada kami dan kami cuba dengan permainan di jaring."

Must Watch Video

Advertisement