Skip to main content

Malaysia

Bomba selamatkan warga emas lemah ketika berkebun di puncak bukit

Pasukan bomba membantu menyelamatkan seorang lelaki warga emas yang mengalami rasa lemah ketika berkebun di puncak Bukit Suling, Kubang Semang, hari ini. - Foto Sinar Harian/bomba
Pasukan bomba membantu menyelamatkan seorang lelaki warga emas yang mengalami rasa lemah ketika berkebun di puncak Bukit Suling, Kubang Semang, hari ini. - Foto Sinar Harian/bomba
Advertisement

BUKIT MERTAJAM: Pasukan bomba membantu menyelamatkan seorang lelaki warga emas yang mengalami rasa lemah ketika berkebun di puncak Bukit Suling, Kubang Semang, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi sistem NG999 pada 3.09 petang bagi membantu menyelamatkan Ahmad Awang, 76.

“Lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Penanti yang menaiki kenderaan utiliti jenis Hilux tiba di lokasi pada 3.30 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkata warga emas itu berjaya dibawa turun ke kaki bukit dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat itu tamat pada 4.08 petang.

Advertisement

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement