PEMANGKU ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, menganggap pasukannya meraih pengalaman serta pengajaran berguna selepas tewas 0-2 kepada China dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 malam tadi.
Pengendali berusia 58 tahun itu menggesa barisan pemainnya untuk lebih tenang mengawal emosi terutamanya ketika hadapi perlawanan berintensiti tinggi.
Kekalahan di Guangdong itu menyaksikan Malaysia terus gagal menamatkan kemarau kemenangan selama 46 tahun ke atas China selepas kali terakhir Harimau Malaya menewaskan skuad Naga tersebut ialah dalam pertemuan 1980.
"Perlawanan menjadi tegang memandangkan kedua-dua pasukan mahukan jaringan.
"Saya sudah beberapa kali berpesan kepada pemain agar mengawal emosi agar tidak menjejaskan mutu permainan.
"Saya harap perlawanan ini melonjakkan keyakinan pemain dan memberi mereka pengajaran.
"Kami terlalu menghormati China dalam babak pertama dan bermain lebih baik dalam separuh masa kedua.
"Ini sebahagian daripada bola sepa dan kami perlu menilai semula diri sendiri dan permainan, selain menggunakan keupayaan yang ada," katanya.
Seterusnya, Malaysia akan berdepan pasukan di ranking ke-147 dunia, Yaman, di venue sama Selasa ini.
- Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com