awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerugian Forex: Bank Negara beri kerjasama penuh kepada RCI

Bernama
Bernama
22/06/2017
04:01 MYT
Kerugian Forex: Bank Negara beri kerjasama penuh kepada RCI
BNM menyambut baik pembentukan RCI oleh kerajaan untuk menyiasat secara bebas kerugian forex dan menyelesaikan peristiwa yang berlaku lebih 25 tahun lepas. - Gambar hiasan
Bank Negara Malaysia (BNM) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam menyediakan maklumat berkaitan kerugian pasaran tukaran asing (forex).
Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata ia akan memberikan maklumat seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
BNM menyambut baik pembentukan RCI oleh kerajaan untuk menyiasat secara bebas kerugian forex dan menyelesaikan peristiwa yang berlaku lebih 25 tahun lepas.
"Di mana-mana negara, kesahihan, integriti dan kredibiliti bank pusat sangat penting dalam mengekalkan keyakinan orang ramai dalam sistem kewangan yang kukuh dan ekonomi yang stabil," kata BNM.
Bank pusat berkata ia memberi jaminan kepada orang ramai dan pasaran kewangan bahawa ia tidak akan terganggu daripada menjalankan kewajipan negara dalam melaksanakan mandatnya.
"Kami akan tegas dalam melindungi kestabilan monetari dan kewangan negara, serta kelancaran fungsi sistem pembayaran," kata BNM.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#ekonomi
#kerajaan
#RCI
#siasatan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan