Kerugian sebelum cukai Malaysia Airlines (MAS) untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2014 meningkat kepada RM302.62 juta berbanding RM165.89 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, MAS berkata pendapatannya merosot lima peratus kepada RM3.59 bilion berbanding RM3.78 bilion sebelum ini berikutan faktor hasil dan tempat duduk yang lebih rendah selepas tragedi MH370.
Pada separuh pertama berakhir 30 Jun 2014, kerugian sebelum cukainya meningkat kepada RM741.77 juta berbanding RM444.34 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatannya susut kepada RM7.19 bilion daripada RM7.32 bilion sebelum ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac 2014 terus menjejaskan keputusan kewangan suku keduanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Jauhari Yahya, berkata pasukan MAS telah bekerja keras bagi mengembalikan keyakinan pasaran serta meningkatkan semula jualan.
"Malangnya ketika kami mula melihat petunjuk pemulihan di semua rantau, kami ditimpa pula nahas MH17," katanya.
Menurutnya, dalam suku berkenaan, faktor tempat duduk susut 9.5 peratus pada Mei kepada 68.9 peratus.
Kapasiti bertambah sembilan peratus tahun ke tahun berdasarkan penggunaan pesawat lebih tinggi, tetapi trafik kekal tidak berubah tahun ke tahun, katanya.
Ahmad Jauhari berkata, perbelanjaan bahan api melonjak 10 peratus kepada RM1.53 bilion berikutan peningkatan harga bahan api dan kelemahan ringgit berbanding dolar US.
Kelemahan keputusan kewangan itu membuatkan syarikat penerbangan itu sedar mengenai keperluan menstruktur semula operasi, malah sebelum tragedi MH370 dan MH17, katanya.
"Kami beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang sukar dengan saingan sengit daripada syarikat penerbangan serantau serta global di samping kos operasi yang tinggi.
"Ditambah dengan kesan daripada kedua-dua tragedi yang telah merosakkan jenama kami, keperluan menstruktur syarikat telah dipercepat.
"Kesan kewangan penuh daripada tragedi berkembar MH370 dan MH17 dijangka menjejaskan MAS dalam separuh kedua tahun ini," kata Ahmad Jauhari.
Beliau berkata, syarikat perlu melalui pemeriksaan dan penilaian semula lengkap dalam usaha mengukuhkan kedudukan agar lebih mampan pada masa depan.
Pada 8 Ogos, Khazanah Nasional Bhd mengumumkan rancangannya memiliki MAS sepenuhnya dan menyahsenarai syarikat itu daripada Bursa Malaysia.
Jika diluluskan, ia akan melaksanakan pelan menstruktur semula kumpulan itu ke arah mengembalikannya kepada keuntungan.
Bernama
Thu Aug 28 2014
MAS berkata pendapatannya merosot lima peratus kepada RM3.59 bilion berbanding RM3.78 bilion sebelum ini berikutan faktor hasil dan tempat duduk yang lebih rendah selepas tragedi MH370.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak.
Serangan ke atas pemain bola sepak: Polis diminta pertingkat kawalan keselamatan
Polis diminta pertingkat tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku, malah kepada semua yang terlibat.
Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berisiko berulang - ILAM
Langkah mitigasi perlu dilakukan segera bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.
AWANI Ringkas: Liga-M kekal ikut jadual, Piala Sumbangsih Jumaat ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Menteri perlu segera ambil kampung angkat, selami dan selesai isu setempat - Fahmi
Semua menteri perlu segera mengambil kampung angkat selaras dengan saranan Anwar agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung.
Khazanah tinjau calon berpotensi sebagai CEO baharu MAS - Azman Mokhtar
Khazanah Nasional Bhd kini meninjau calon-calon berpotensi dari industri penerbangan global dan juga tempatan untuk menjadi CEO baharu MAS.
MH370: Masih tiada serpihan, pencarian kotak hitam diperhebat
Sekurang-kurangnya 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 13 kapal digerakkan hari ini bagi meneruskan usaha pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
MH370: "Ahmad Jauhari kapten yang masih diperlukan" - MAS
Kehilangan pesawat penerbangan MH370 tidak dapat menyembunyikan tanggungjawab berat yang terpikul pada bahunya.
Pemulihan MAS dari "isu reputasi pasaran" ambil masa enam bulan
Proses pemulihan dari situasi yang dipanggil isu reputasi pasaran dalam insiden Pesawat MH370 akan ambil masa enam bulan untuk pulih.
MH370: Bateri isyarat kotak hitam dijadual diganti pada Jun 2014 - MAS
MAS sahkan bahawa terdapat program penyenggaraan dan bateri diganti sebelum tarikh luput.
MH370: Keputusan letak jawatan hanya selepas krisis ini selesai, kata Ahmad Jauhari
CEO MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata keutamaan sekarang ialah mencari pesawat yang disahkan hilang di selatan Lautan Hindi.
MH370: Mesej video dari Ahmad Jauhari terima respons positif
Pesanan video dari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) terima respons positif dari orang ramai.
MH370: Malaysia Airlines siasat dakwaan mogok lapar
MAS jamin telah memberikan bantuan yang mencukupi, maklumat dan penjagaan kepada semua ahli keluarga di Beijing.
MAS sokong pelan perniagaan Maskargo
Maskargo Sdn Bhd akan melaksanakan tiga teras pelan perniagaannya bagi tahun ini.