awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia minta penjelasan Meta isu kebocoran data Instagram
Jepun gesa X ambil tindakan terhadap imej seksual hasilan AI
Ringgit ditutup rendah susulan pengukuhan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesan sekatan pasaran AS terhadap minyak sawit Malaysia dijangka minimum - KPK

Bernama
Bernama
20/08/2025
20:15 MYT
Kesan sekatan pasaran AS terhadap minyak sawit Malaysia dijangka minimum - KPK
Minyak sawit dari Malaysia dipersijilkan mampan oleh MSPO dan mempunyai ciri dan fungsi khusus yang sukar digantikan dengan minyak lain. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kesan langsung daripada sekatan atau cabaran pasaran Amerika Syarikat (AS) terhadap industri minyak sawit Malaysia dijangka pada tahap minimum, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Menurutnya minyak sawit dari Malaysia dipersijilkan mampan oleh Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan mempunyai ciri dan fungsi khusus yang sukar digantikan dengan minyak lain.
"Oleh itu, tahap kebergantungan industri di AS terhadap bahan berasaskan sawit yang mampan adalah tinggi," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu.
KPK menjawab soalan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) mengenai pelan jangka pendek dan sederhana yang dirangka kerajaan untuk industri sawit menyesuaikan diri dengan pasaran AS.
Menurut kementerian, pada 2024, Malaysia telah mengeksport sebanyak 191,231 tan metrik minyak sawit ke AS, dengan nilai ini hanya 1.1 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport minyak sawit negara bagi tahun berkenaan.
Katanya pada masa sama, kerajaan tetap komited menyediakan pelbagai bentuk sokongan khususnya kepada pekebun kecil.
"Sebagai contoh Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit serta geran khas seperti pembekalan produk untuk kawalan penyakit reput pangkal batang ganoderma bagi membantu pekebun kecil.
"Bantuan sebegini boleh membantu untuk mengurangkan kesan atau impak kepada pekebun kecil di Malaysia daripada perubahan dasar perdagangan di peringkat antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak sawit
#sekatan
#Amerika Syarikat
#KPK
#MSPO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan