awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah

Bernama
Bernama
12/06/2023
02:20 MYT
Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah
Baharom (dua, kanan) meneliti buku laporan kewangan CBP tahun 2022 ketika Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-63 CBP di Kuala Lumpur, 11 Jun 2023. - Foto ihsan CBP
KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang tertinggi berjumlah RM103.43 juta iaitu yang terbanyak sejak penubuhan institusi perbankan tersebut sejak 1950.
Pengerusinya, Datuk Baharom Embi berkata keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.
"Peningkatan keuntungan ini dipacu dengan pembiayaan peribadi, Ar Rahnu dan juga Pembiayaan Perumahan di samping pembiayaan koperasi dan korporat yang membantu keuntungan CBP bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
"Selain itu, CBP juga mencatatkan pertambahan aset yang tertinggi sebanyak RM7.73 bilion sehingga 31 Disember 2022 berbanding RM6.07 bilion yang disaksikan semasa tahun sebelumnya dengan kenaikan berjumlah 28 peratus," katanya di dalam satu kenyataan semalam.
Baharom turut berkata pengumuman dividen akan diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat kelulusan dan persetujuan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"Insya-Allah kadar dividen yang dicadangkan kepada SKM adalah kompetitif walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi sepanjang tahun lalu dan seiring dengan keuntungan yang telah dicapai pada 2022,"katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Co-opbank Pertama
#keuntungan sebelum cukai
#dividen
#CBP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan