Skip to main content

Dunia

CAS gantung gimnas Sukan Olimpik Paris

Ana Bărbosu bergambar dengan pingat gangsa yang dimenangi pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Bucharest, Romania, 16 Ogos 2024. - Gambar fail/AP
Ana Bărbosu bergambar dengan pingat gangsa yang dimenangi pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Bucharest, Romania, 16 Ogos 2024. - Gambar fail/AP
Advertisement

ATLET gimnastik Romania, Ana Maria Barbosu, telah digantung selama dua tahun selepas melakukan tiga kesalahan berkaitan kegagalan mematuhi peraturan keberadaan (whereabouts failures) di bawah peraturan antidoping, menurut kenyataan Bahagian Antidoping Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS ADD) pada Rabu.

Tempoh penggantungan atlet berusia 20 tahun itu bermula dari 5 Mei 2026 - tarikh bermulanya penggantungan sementara - yang membolehkannya kembali beraksi pada Mei 2028, kira-kira dua bulan sebelum Sukan Olimpik Los Angeles, tertakluk kepada sebarang rayuan.

Barbosu mencabar cadangan hukuman tersebut dan memohon untuk satu pendengaran di hadapan CAS ADD.

Advertisement

Namun, hakim memutuskan bahawa tiga kesalahan kegagalan mematuhi peraturan keberadaan (whereabouts failures) yang berlaku antara September dan Disember 2025 adalah sah.

Atlet yang berada dalam kumpulan ujian berdaftar diwajibkan melaporkan keberadaan diri mereka, termasuk menetapkan satu slot masa selama 60 minit setiap hari bagi membolehkan mereka dikesan untuk tujuan ujian di luar pertandingan.

Advertisement

Mana-mana kombinasi daripada tiga kesalahan - sama ada terlepas ujian dan/atau gagal memberikan maklumat keberadaan diri - dalam tempoh 12 bulan dianggap sebagai pelanggaran peraturan antidoping.

 

 

Hukuman standard bagi kesalahan ini ialah penggantungan selama dua tahun, bergantung kepada tahap kesalahan atlet berkenaan.

Untuk rekod, Barbosu merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Must Watch Video

Advertisement