awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keyakinan ekonomi zon euro merosot ke paras terendah dalam tempoh empat bulan

Bernama
Bernama
29/04/2025
23:50 MYT
Keyakinan ekonomi zon euro merosot ke paras terendah dalam tempoh empat bulan
Menurut data tinjauan Suruhanjaya Eropah pada Selasa, dalam kalangan empat ekonomi utama, keyakinan menurun dengan ketara di Itali, sedikit peningkatan dicatatkan di Jerman dan Sepanyol, sementara indikator kekal stabil di Perancis.
BRUSSELS: Keyakinan ekonomi zon euro merosot lebih daripada jangkaan ke paras terendah dalam tempoh empat bulan pada April, sebahagian besarnya akibat ancaman tarif perdagangan, menurut data tinjauan Suruhanjaya Eropah pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Indeks sentimen ekonomi susut kepada 93.6 pada April berbanding 95 pada bulan sebelumnya. Unjuran awal menjangkakan kejatuhan hanya kepada 94.5.
Sentimen merosot merentasi semua sektor pada April. Dalam kalangan empat ekonomi utama, keyakinan menurun dengan ketara di Itali, manakala sedikit peningkatan dicatatkan di Jerman dan Sepanyol. Pada masa yang sama, indikator kekal stabil di Perancis.
Jangkaan terhadap peluang pekerjaan pula tidak berubah pada April, dengan indeks mencatatkan 96.5, sama seperti Mac dan masih di bawah purata jangka panjang iaitu 100.
"Serangan tarif" sejak "Hari Pembebasan" oleh Donald Trump menenggelamkan semula keyakinan yang baru mula pulih di zon euro, kata Ahli ekonomi ING Carsten Brzeski .
Beliau menjangkakan sentimen serta aktiviti ekonomi dalam blok mata wang itu akan terus lemah dalam beberapa bulan akan datang melainkan terdapat perubahan besar dalam dasar perdagangan Amerika Syarikat.
Sementara itu, pakar ekonomi Capital Economics Franziska Palmas berkata indeks sentimen ekonomi menunjukkan zon euro hanya mengalami kesan kecil akibat tarif AS pada April, namun ini menunjukkan pertumbuhan kekal lemah.
Dengan tekanan daripada tarif dijangka semakin meningkat, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) zon euro dijangka hanya berkembang perlahan dalam tempoh enam bulan akan datang, katanya.
Anggaran awal KDNK zon euro akan diumumkan pada 30 April, dengan pertumbuhan suku pertama diunjurkan pada kadar 0.2 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi zon euro
#Suruhanjaya Eropah
#tarif AS
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami