awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khazanah beli tiga peratus pegangan dalam firma Dubai GEMS Menasa

Bernama
Bernama
02/01/2018
20:30 MYT
Khazanah beli tiga peratus pegangan dalam firma Dubai GEMS Menasa
Khazanah memaklumkan membeli tiga peratus pegangan dalam syarikat pendidikan Dubai, GEMS Menasa Holdings Ltd.
Khazanah Nasional Bhd membeli tiga peratus pegangan dalam syarikat pendidikan Dubai, GEMS Menasa Holdings Ltd.
Dalam kenyataan kepada Nasdaq Dubai hari ini, unit GEMS Menasa, GEMS Menasa Cayman Ltd (GEMS) berkata kepentingan itu dibeli daripada Varkey Group (VG), pemilik majoriti GEMS.
"Pelaburan itu meningkatkan kepentingan tidak langsung sedia ada Khazanah dalam GEMS, menerusi pegangan sahamnya dalam Fajr Capital, pelabur ekuiti persendirian berpangkalan di Dubai yang menerajui pembelian pegangan minoriti dalam GEMS pada 2014 melalui sebuah konsortium pelabur, termasuk dana kekayaan negara Bahrain Mumtalakat dan Blackstone," menurut kenyataan itu.
GEMS berkata pelaburan Khazanah distrukturkan sebagai belian saham sedia ada dalam entiti induk, GEMS Menasa Holdings Ltd, daripada VG.
"Susulan daripada jualan itu, VG kekal sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat dan komited bagi pegangan kawalan majoriti dalam GEMS.
"Tiada hasil yang akan diterima oleh GEMS daripada penjualan itu," menurut kenyataan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif GEMS Education (MENASA), Dino Varkey berkata Khazanah telah melabur secara tidak langsung dalam GEMS sejak 2014 dan transaksi strategik tersebut memperkukuhkan lagi hubungannya dengan dana kekayaan negara global terkemuka.
Baru-baru ini, GEMS mengumumkan keputusan kewangan setahun penuh sehingga 31 Ogos, 2017 dengan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan yang dilaraskan adalah US$261.6 juta dan hasil sebanyak US$926.2 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai
#Dubai
#GEMS Menasa
#Khazanah Nasional
#nilai
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan