awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khazanah Nasional akan peroleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO

Bernama
Bernama
14/03/2025
22:00 MYT
Khazanah Nasional akan peroleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO
Khazanah tetap komited kepada pertumbuhan dan kejayaan EDOTCO, mengesahkan keyakinan terhadap asas kukuh dan potensi masa depannya.
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd mengumumkan akan memperoleh pegangan Innovation Network Corporation of Japan (INCJ) dalam Kumpulan EDOTCO, mencerminkan hubungan kukuh antara Malaysia dan Jepun.
Bagaimanapun dana kekayaan negara itu dalam kenyataan semalam tidak memaklumkan angka berkenaan.
Dana kekayaan negara itu berkata INCJ telah mencapai penghujung mandat pelaburannya dan menghargai usaha sama dengan INCJ, sejak penyertaannya pada 2017 serta menghargai kerjasama sepanjang tempoh ini.
"Urus niaga ini mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Jepun untuk memupuk perkongsian strategik. Ia juga mengukuhkan komitmen Khazanah untuk memacu agenda pelaburan domestik dalam ruang infrastruktur digital, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia
"Khazanah tetap komited kepada pertumbuhan dan kejayaan EDOTCO, mengesahkan keyakinan terhadap asas kukuh dan potensi masa depannya," menurut kenyataan itu.
INCJ dilaporkan mempunyai kira-kira 21 peratus pegangan dalam EDOTCO.
Menurut laman webnya, EDOTCO Group, yang ditubuhkan pada 2012 adalah syarikat penyedia perkhidmatan infrastruktur kesalinghubungan digital terkemuka di Asia, yang menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam sektor perkhidmatan menara.
Syarikat ini mempunyai portfolio melibatkan lebih 55,000 menara di sembilan negara iaitu Malaysia, Bangladesh, Filipina, Indonesia, Kemboja, Pakistan, Myanmar Sri Lanka, dan Laos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khazanah Nasional
#INCJ
#EDOTCO
#pelaburan
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan