awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angelina Jolie lawat sempadan Rafah di Mesir, tinjau usaha bantuan ke Gaza
Piala AFCON: Jurulatih Tunisia gesa ‘reset mental’ selepas aksi hambar peringkat kumpulan
Gol Danial Amier bantu Kuching City tewaskan Kelantan TRW 1-0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang roti Massimo kembali beroperasi sepenuhnya

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2021
15:36 MYT
Kilang roti Massimo kembali beroperasi sepenuhnya
The Italian Baker Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, syarikat berterima kasih atas keprihatinan, kesabaran, sokongan serta galakan pelanggan ketika tempoh yang sukar ini. - Gambar/ Facebook@Massimo Bread
KUALA LUMPUR:Kilang The Italian Baker Sdn Bhd iaitu pengeluar roti jenama Massimo yang mengalami gangguan operasi selama beberapa hari berikutan peningkatan kes COIVD-19 di Klang, kembali beroperasi sepenuhnya, hari ini.
Gangguan operasi itu antara lain berpunca daripada usahanya mengambil langkah pencegahan COVID-19 selaras dengan prosedur ditetapkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebelum ini.
The Italian Baker Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, syarikat berterima kasih atas keprihatinan, kesabaran, sokongan serta galakan pelanggan ketika tempoh yang sukar ini.
"Dengan komitmen paling tinggi terhadap keselamatan dan kesejahteraan pelanggan serta kakitangan, kami sudah melaksanakan langkah pencegahan dan berjaga-jaga tambahan.
"Semua ini dengan sokongan dan kerjasama MPK untuk terus mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di kilang kami," katanya dalam kenyataan yang dikongsi di laman Facebook.
Sumber Facebook massimobreadmalaysia
Syarikat itu memberi jaminan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta pihak berkuasa tempatan dalam usaha mengelak risiko jangkitan.
"Sambil memainkan peranan untuk mengekang penularan penyakit ini, kami juga menggesa semua pihak supaya mengamalkan penjagaan kebersihan diri, mengekalkan penjarakan sosial serta memakai pelitup muka sepanjang masa demi kekal sihat dan selamat," kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#massimo
#MPK
#COVID-19
#italian baker
#pencegahan
#gangguan operasi
#disambung semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan