Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sentiasa bersedia dan terbuka untuk menerima kembali kemasukan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) sebagai agensinya.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya sentiasa menyokong perkara itu jika ia lebih menguntungkan masyarakat Bumiputera dari segi keusahawanan, perusahaan dan pembangunan ekonomi.
"Asalnya Perda memang di bawah KKLW, di bawah agensi wilayah seperti Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).
"Namun Perda dikeluarkan perdana menteri pada waktu itu iaitu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana nak bagi tumpuan khas kepada Perda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PenBex) di Dataran Transformasi di sini, hari ini.
Beliau berkata jika Perda, yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri pada 2005 dipulangkan kepada KKLW, kementerian bukan sahaja menyediakan pelbagai program khusus, malah turut mempunyai peruntukan khas untuk agensi berkenaan.
"Bagaimana pun keputusan untuk mengembalikan Perda kepada KKLW masih dalam pertimbangan MOF (Kementerian Kewangan) dan EPU (Unit Perancang Ekonomi)," kata Ismail Sabri.
Sementara itu Pengerusi Perda, Datuk Shabudin Yahaya berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminta agensi itu dimasukkan kembali di bawah KKLW lebih kurang dua tahun lalu.
"Perkara ini bukan mudah, perlu melalui pelbagai proses dan akan ambil masa yang lama (untuk diluluskan). Setakat ini respons diterima adalah baik dan pihak kementerian (KKLW) dan JPM (Jabatan Perdana Menteri) tiada halangan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memberitahu program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) yang dilaksana sejak 2014 berjaya mewujudkan 937 perniagaan baharu dengan nilai terkumpul sebanyak RM17.8 juta di samping mewujudkan kira-kira 850 peluang pekerjaan.
"Sehingga kini geran bernilai hampir RM630,000 telah dimanfaatkan oleh 42 peserta Tube untuk memula dan menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang.
"Mengenai PenBex, selain menjadi medan business matching atau business networking, ia juga berperanan sebagai platform kepada agensi-agensi kerajaan untuk kenal pasti usahawan berpotesni untuk pasaran dalam dan luar negara," katanya.
Bernama
Sun May 29 2016
ISMAIL SABRI: Sehingga kini geran bernilai hampir RM630,000 telah dimanfaatkan oleh 42 peserta Tube untuk memula dan menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang. - Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mededahkan sebab dia memilih untuk menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.
PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri
Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan
Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.
PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri
Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar
NGO dan media Indonesia memuji keberanian Ismail Sabri yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang diperintah junta.
Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.
PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.
PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri
Budaya berdebat tidak memberikan hasil, sebaliknya kerajaan lebih menumpukan tugas menjaga kepentingan rakyat.
PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).