KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa pelaburan dalam usaha merancakkan lagi industri syarikat pemula di Malaysia termasuk pelaburan berjumlah RM3 bilion dalam ekosistem Asia Tenggara dan Malaysia di bawah Inisiatif Pelaburan ASEAN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah pelaburan berkenaan meliputi Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), dan Blue Chip Venture Capital.
“Sehubungan dengan itu, saya juga berbesar hati berkongsi bahawa Khazanah Nasional akan melancarkan
"National Fund-of-Funds" dengan peruntukan awal RM1 bilion untuk melabur dalam inovasi syarikat berpertumbuhan tinggi di Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak KL20 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Menurut Perdana Menteri, dalam pengumuman Belanjawan Malaysia MADANI 2024 pada Oktober lalu, beliau menggariskan komitmen kerajaan untuk membantu syarikat Malaysia membabitkan usahawan Bumiputera, syarikat baharu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk terus meningkat.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan penunuhan pejabat dan dana baharu di ibu negara melibatkan 12 firma antarabangsa yang canggih.
Selain itu, syarikat berteknologi tinggi yang akan menyediakan operasi, kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan ibu pejabat serantau turut disediakan.
Sidang Kemuncak KL20 2024, yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi, bakal merangsang semula kedudukan Malaysia sebagai hab terkemuka untuk pemula dan pemodal teroka, serta mengangkat Kuala Lumpur ke dalam senarai 20 hab pemula terbaik global menjelang 2030.
Lebih 3,000 peserta terdiri daripada pelabur antarabangsa dan syarikat-syarikat pemula niaga dijangka menghadiri acara tersebut.
Hasimi Muhamad
Mon Apr 22 2024
Perdana Menteri Anwar mengumumkan beberapa pelaburan dalam usaha merancakkan lagi industri syarikat pemula di Malaysia. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
KL20 2024: Kerajaan umum RM3 bilion pelaburan termasuk Khazanah Berhad
Ia termasuk pelaburan berjumlah RM3 bilion dalam ekosistem Asia Tenggara dan Malaysia di bawah Inisiatif Pelaburan ASEAN.