awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MTL: JAKOA peruntuk lebih RM146,000 bantuan bakul makanan di Kelantan
Indonesia usaha memudah cara eksport tuna sifar tarif ke Jepun di bawah IJEPA
Trump undang Perdana Menteri Pakistan sertai Lembaga Keamanan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontrak Lebuh Raya Pan Borneo tingkatkan saham Bina Puri, Cahya Mata Sarawak

Bernama
Bernama
26/07/2016
04:05 MYT
Kontrak Lebuh Raya Pan Borneo tingkatkan saham Bina Puri, Cahya Mata Sarawak
Lebuhraya Pan Borneo sejauh 1,089km ini dijangka siap sepenuhnya pada 2023, menghubungkan Sabah dan Sarawak. - Foto BERNAMA
Saham-saham Bina Puri Holdings Bhd dan Cahya Mata Sarawak Bhd meningkat pagi ini susulan pemerolehan kontrak baharu bernilai RM1.36 bilion daripada Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd.
Pada 10.12 pagi, saham Bina Puri meningkat dua sen kepada 43 sen dengan 4.47 juta saham diurusniagakan, manakala Cahya Mata Sarawak menokok dua sen kepada RM3.80 dengan 1.12 juta saham bertukar tangan.
Kontrak itu diperoleh menerusi sayrikat usaha sama PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd dan Bina Puri Sdn Bhd (PPESW-BPSB JV).
Bina Puri SB ialah anak syarikat milik penuh Bina Puri Holdings, manakala PPES Works ialah anak syarikat tidak langsung Cahya Mata Sarawak menerusi penguasaan 51 peratus kepentingan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Bina Puri berkata kontrak itu melibatkan cadangan pembangunan dan menaik taraf fasa satu Lebuh Raya Pan Borneo, meliputi Jambatan Sungai Awik ke Bintangor Junction di Sarawak.
"Kontrak itu untuk tempoh pelaksanaan 47 bulan mulai tarikh surat kelulusan," kata Bina Puri.
Topic Berkaitan
#Bina Puri Holdings
#Cahya Mata Sarawak
#Lebuhraya Borneo Utara
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan