KUALA LUMPUR: Tinjauan global yang dilakukan oleh KPMG International mendapati 59 peratus ketua pegawai eksekutif (CEO) di Asia Pasifik (APAC) kini lebih yakin terhadap pemulihan ekonomi global berbanding pada awal tahun ini.
Namun, mereka juga semakin bimbang mengenai risiko ke atas rantaian bekalan masing-masing, demikian menurut Tinjauan CEO KPMG 2021 (KPMG 2021 CEO Outlook) yang meninjau lebih daripada 1,300 CEO global mengenai strategi dan prospek mereka dalam tempoh tiga tahun.
Dalam kalangan hampir 500 CEO di Asia Pasifik, 66 peratus CEO di Asia Pasifik menyatakan rantaian bekalan mereka mengalami tekanan yang meningkat sejak 18 bulan terakhir.
Oleh itu, tidak menghairankan para CEO ini meletakkan risiko rantaian bekalan sebagai ancaman utama mereka terhadap pertumbuhan tahun ini, kata firma perundingan itu.
"Pra pandemik, risiko kepada rantaian bekalan kian mendapat perhatian berikutan meningkatnya situasi ketidakpastian daripada ketegangan perdagangan dan peristiwa yang didorong oleh iklim tetapi masih dianggap sebagai keutamaan tahap rendah bagi para CEO.
"Bagaimanapun, pandemik terus menjadikan isu ini fokus yang ketara, menyaksikan organisasi bergelut untuk mengekalkan kesinambungan rantaian bekalan semasa kawalan pergerakan dikuatkuasakan seluruh dunia," kata rakan pengurusan KPMG di Malaysia Datuk Johan Idris dalam satu kenyataan.
KPMG berkata CEO Asia Pasifik terus menyedari pentingnya membina rantaian bekalan yang berdaya tahan dan fleksibel.
Justeru, 36 peratus telah menyatakan hasrat untuk memantau lebih jauh ke dalam rantaian bekalan mereka bagi menjangkakan potensi masalah yang lebih baik sementara 34 peratus akan mempelbagaikan sumber input dengan menambahkan lokasi input baharu untuk menjadikan rantaian bekalan mereka lebih berdaya tahan.
Sebanyak 14 peratus CEO lagi akan mengutamakan penyusunan semula rantaian bekalan mereka untuk memberikan ketahanan yang lebih besar dan akses yang lebih konsisten untuk mencapai objektif pertumbuhan masing-masing.
Sementara itu, penemuan lain dalam tinjauan berkenaan menyatakan 70 peratus CEO berhadapan peningkatan permintaan daripada pihak berkepentingan untuk menyediakan lebih banyak pelaporan dan ketelusan mengenai masalah persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dan 81 peratus percaya rangsangan kerajaan akan diperlukan sekiranya semua perniagaan mahu mencapai sifar bersih.
Maklumat lanjut mengenai Tinjauan CEO KPMG 2021 boleh dilayari kpmg.com.my/CEOoutlook.
- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021
KPMG berkata CEO Asia Pasifik terus menyedari pentingnya membina rantaian bekalan yang berdaya tahan dan fleksibel. - Gambar hiasan/BERNAMA
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Perniagaan lancar, berterusan satu keperluan bagi peruncit Malaysia
Menurut KPMG, kajian mendapati 27 peratus responden Malaysia lebih gemar membeli-belah secara bersemuka di kedai.
KPMG dan MDEC bekerjasama menerusi FOX, sasar lima syarikat Unicorn Nasional menjelang 2025
KPMG Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam membantu 20 syarikat pemula menerusi program Pusat Kecemerlangan Pengasas (FOX) MDEC.
Perniagaan belum bersedia bagi pemulihan pantas selepas serangan siber
Perniagaan masih belum bersedia bagi pemulihan pantas selepas serangan siber meskipun mencatatkan kemajuan baik dalam membangunkan program pencegahan dan respons, kata KPMG.
Najib tidak pernah beri tekanan kepada KPMG tandatangan penyata kewangan 1MDB 2013 - Muhammad Shafee
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan bahawa Najib tidak pernah memberi tekanan kepada KPMG Malaysia untuk menandatangani penyata kewangan 1MDB.
Najib 'arah' saya tandatangani laporan audit 1MDB tahun 2013 - Saksi
Johari berkata Najib juga meminta pihak KPMG untuk pergi ke Hong Kong bagi melengkapkan proses audit, dan mahu audit dibuat dengan profesional dan konsisten dengan 'good governance'.
1MDB: Malaysia terima RM340.92 juta daripada KPMG, jumlah setakat ini RM19.138 bilion - MOF
Kerajaan telah menerima bayaran penyelesaian berjumlah RM340.92 juta daripada KPMG yang disalurkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset Malaysia.
KPMG: CEO lebih yakin terhadap pemulihan ekonomi tetapi bimbang dengan risiko rantaian bekalan
Tinjauan global yang dilakukan oleh KPMG International mendapati 59 peratus ketua pegawai eksekutif (CEO) di Asia Pasifik (APAC) kini lebih yakin terhadap pemulihan ekonomi global.
1MDB: KPMG lunaskan tuntutan RM333 juta, antara penyelesaian terbesar di Asia Tenggara - MoF
Penyelesaian tersebut mengakhiri tuntutan sivil yang difailkan pada 6 Julai 2012 terhadap KPMG.
Cuai, langgar kontrak: 1MDB, kerajaan saman rakan kongsi KPMG US$5.6 bilion
Kesemua plaintif menamakan rakan kongsi KPMG yang dilantik sebagai juruaudit 1MDB antara 15 Sept 2010 dan 10 Jan 2014, sebagai defendan pertama hingga ke-44.
KPMG tidak lagi jadi juruaudit Serba Dinamik
Messrs KPMG PLT telah menyerahkan notis peletakan jawatannya sebagai juruaudit Serba Dinamik Holdings Bhd, berkuat kuasa serta-merta.