PUTRAJAYA: Mata wang ringgit dari Disember 2022 hingga awal Februari 2023 mencatatkan pergerakan kukuh dan selamat namun faktor luaran yang menyebabkan ia kembali susut, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Beliau berkata penyusutan nilai ringgit sejak Februari 2023 adalah rentetan daripada pelbagai krisis yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) dan keadaan itu berada di luar kawalan kerajaan.
Sejak awal 2023, AS menghadapi isu antaranya keruntuhan Silicon Valley Bank (SVB) dan kini persetujuan yang belum dicapai berhubung had paras hutang negara, katanya.
"(Ringgit yang kukuh) Sebahagiannya kerana ada kestabilan politik, (ada) prestasi ekonomi yang baik sehingga mencapai RM4.20 untuk US$1, tetapi bermula Februari lepas ia mula naik (nilai ringgit susut) (US$1=RM4.60) kerana rentetan daripada krisis (di AS) ini yang berada di luar kawalan kita," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas mesyuarat Platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) Bilangan 3/2023 di sini, pada Rabu.
Ringgit diniagakan lemah berbanding dolar AS semasa sesi awal dagangan hari ini ekoran kekurangan petunjuk mengenai penyelesaian kepada kebuntuan had hutang AS.
Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan susut nilai kepada 4.6025/6060 berbanding dolar AS daripada 4.6005/6045 ketika ditutup pada Selasa.
Kerajaan AS dilaporkan sedang berusaha menyelesaikan isu siling hutangnya secepat mungkin, manakala Presiden AS Joe Biden juga memberi kenyataan bahawa pentadbirannya akan cuba menyelesaikan isu tersebut sebelum 6 Jun ini.
Rafizi berkata sekiranya had siling hutang kerajaan AS dan belanjawan negara itu tidak dipersetujui, akan terdapat risiko yang kerajaan AS tidak boleh membayar hutang mereka dan sekali gus akan menyumbang kepada ketidaktentuan kadar mata wang tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bercakap pada sidang media Pasca Mesyuarat Platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) hari ini. - Foto BERNAMA

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.
Kumpul berjuta pensel, dinding kedai umpama lukisan berwarna-warni
Menurut al-Mandalawi, sejak muda dia menggunakan wang gajinya untuk membeli pensel dan kini berusia 56 tahun, tidak hairanlah koleksinya kini sudah berjuta.
Konflik Rusia-Ukraine: 85 bilion Euro bantuan termasuk ketenteraan kepada Ukraine
Kesatuan Eropah telah menyalurkan bantuan bernilai 85 bilion Euro kepada Ukraine sejak konflik Rusia-Ukraine bermula pada Februari tahun lalu.
Mumia berusia 128 tahun disemadi penduduk
Mumia berusia 128 tahun dikenali sebagai 'Stoneman Willie' akhirnya disemadikan pada Isnin. Mumia itu sebelum ini diletakkan dan dipamer di sebuah rumah pengebumian di Reading, Pennsylvania.

MOTAC seru pemain industri pelancongan yakin dengan mata wang ringgit
MOTAC seru semua pemain industri guna mata wang Malaysia bagi caj bilik penginapan dan perkhidmatan kepada pelancong.

Krisis di AS jadi faktor penyusutan nilai ringgit - Rafizi
Mata wang ringgit dari Disember 2022 hingga awal Februari 2023 mencatatkan pergerakan kukuh dan selamat namun faktor luaran yang menyebabkan ia kembali susut, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Ekonomi Malaysia kekal positif - Idris Jala
Idris menolak dakwaan berhubung isu 1MDB dan juga bahawa Malaysia terlampau bergantung kepada hasil pengeksportan minyak.