Krisis ekonomi Eropah dan Amerika Syarikat yang masih berpanjangan memberi kesan kepada aktiviti perdagangan dunia.
Bagi keseluruhan tahun 2012, walaupun pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia sederhana, Malaysia terus aktif menerima kemasukan pelaburan langsung asing.
Ini selaras dengan peningkatan keyakinan pelabur terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan utama.
Menurut Dr. Wong Lai Sum Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), walaupun permintaan global lemah, Malaysia terus menerima tempahan daripada sebahagian negara Eropah biarpun dalam jumlah yang kecil.
“Malaysia masih lagi menyaksikan kemasukan eksport ke pasaran berkenaan, Belanda, Jerman dan sebahagian besar ke negara Eropah walaupun tidak sebesar seperti dahulu. Wujud kelembapan, tetapi Malaysia patut bersyukur kerana masih terdapat eksport dan berdasarkan perkembangan semasa akan berlaku peningkatan di dalam arah aliran eksport ini.” katanya.
Beliau namun tidak menafikan eksport negara mengalami pertumbuhan yang perlahan tahun ini ekoran penyusutan permintaan daripada rakan dagang utama antaranya China dan India selain Amerika dan Eropah.
“Tidak dinafikan eksport Malaysia turut terjejas akibat kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara di Eropah yang tidak mengalami pertumbuhan langsung. Oleh itu, Matrade menjangkakan eksport negara tidak akan dapat mencapai pertumbuhan 4% hingga 5% tahun ini.” tambahnya lagi.
Katanya Matrade terpaksa menyemak semula unjuran asal pertumbuhan eksport kepada angka yang lebih realistik.
“Sehubungan itu unjuran eksport untuk tahun ini sedikit rendah, sama seperti negara lain di mana Matrade hanya mensasarkan pertumbuhan diantara 1% hingga 2% sahaja tahun ini.”
Di tengah-tengah pertumbuhan perlahan ekonomi global itu, Malaysia terus menunjukkan prestasi memberangsangkan.
Menurut tinjauan indeks pasaran terbuka Dewan Perniagaan Antarabangsa, Malaysia adalah ekonomi ketiga terbuka di Asia selepas Hong Kong dan Singapura/
“Perlu diingat bahawa Asia memiliki populasi seramai 600 juta orang dan kuasa beli penggunanya amat besar sekali jadi, Malaysia perlu meneroka pasaran di sana bagi meluaskan lagi pasaran eksport negara.
Ketika dunia berdepan suasana pelaburan mencabar, Malaysia terus memberi tumpuan pada sasarannya untuk menarik FDI sebanyak 30 bilion ringgit pada tahun ini.
Astro Awani
Mon Dec 31 2012
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Krisis ekonomi Eropah dan AS beri kesan
Krisis ekonomi Eropah dan Amerika Syarikat yang masih berpanjangan memberi kesan kepada aktiviti perdagangan dunia.