awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan Media Star struktur semula operasi, bakal kurangkan pekerja

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2020
09:36 MYT
Kumpulan Media Star struktur semula operasi, bakal kurangkan pekerja
Pemberhentian ini menjadikan Kumpulan Media Star sebagai syarikat media terbaharu yang terpaksa mengurangkan jumlah pekerja akibat saingan dunia digital. - Gambar fail
Kumpulan Media Star akan melaksanakan pemberhentian pekerja untuk memenuhi sasaran pengurangan kos kakitangannya.
Menurut sumber, pemberhentian yang akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini akan menggunakan kaedah 'Last-In-First-Out'. (LIFO).
Langkah itu dipercayai terpaksa dilakukan disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh kebanyakan syarikat media terutamanya peralihan ke elemen digital serta kesan jangka panjang penularan pandemik COVID-19.
"Mutual Separation Scheme (MSS) yang dilakukan sebelum ini tidak mengurangkan jumlah pekerja seperti yang diharapkan untuk membantu syarikat.
"Oleh yang demikian syarikat terpaksa melakukan pemberhentian pekerja untuk memenuhi sasaran pengurangan pekerja," kata sumber tersebut.
Pemberhentian ini menjadikan Kumpulan Media Star sebagai syarikat media terbaharu yang terpaksa mengurangkan jumlah pekerja akibat saingan dunia digital.
Jun lepas, Kumpulan Media Prima menamatkan khidmat 300 pekerja dalam usaha menyusun semula operasi mereka.
Topic Berkaitan
#berhenti
#COVID-19
#Kumpulan Media Star
#Last-In-First-Out
#LIFO
#Media
#MSS
#Mutual Separation Scheme
#Pekerja
#pembuangan kerja
#STAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan