KUALA LUMPUR: Naza Corporation Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Naza) hari ini mengumumkan pengambil alihan penuh pegangan 100 peratus dalam Berjaya Enviro Holdings Sdn Bhd (BEnviro), sebuah pemain utama dalam industri pengurusan sisa.
Pengambilalihan ini membuka peluang unik kepada Kumpulan Naza untuk menceburi ekonomi hijau dan
memanfaat peluang pertumbuhan dalam sektor Sisa Pepejal Perbandaran (MSW), Sisa Terjadual (SW) dan sektor ‘Waste To Energy’ (WTE).
Pengambilalihan ini merupakan satu mercu tanda penting dalam halaju pertumbuhan Naza dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam Sektor Pengurusan Sisa Malaysia.
Ia juga melibatkan pengambil alihan tujuh entiti di bawah BEnviro, iaitu, BPJ-Berjaya Sdn Bhd, Berjaya Eco Services Sdn Bhd, Save the Sea Sdn Bhd, Berjaya Enviro Parks Sdn Bhd, Amita Berjaya Sdn Bhd, J&T Berjaya Alam Murni Sdn Bhd dan Berjaya Energies Sdn Bhd.
Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin, melalui pengambilalihan ini, Naza dapat menawarkan solusi menyeluruh untuk memenuhi keperluan pengurusan sisa Malaysia dengan memanfaatkan infrastruktur operasi yang luas, kemajuan teknologi, dan tenaga kerja berbakat BEnviro serta tujuh anak syarikatnya.
"Pengurusan sisa merupakan asas ekonomi hijau dengan potensi aliran pendapatan stabil, yang tidak terjejas oleh kitaran ekonomi.
"Pengambilalihan ini mencerminkan dedikasi dan komitmen Naza terhadap pertumbuhan strategik perniagaannya dengan menceburi dalam penyediaan solusi komprehensif pengurusan sisa, di samping memberi penekanan kepada kelestarian alam sekitar.
"Kumpulan Naza kini menerokai sektor-sektor baharu yang sejajar dengan visinya untuk pembangunan mampan, kecekapan sumber, dan penekanan kepada piawaian tertinggi dalam kebertanggungjawaban alam sekitar," kata Nasarudin dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Sektor Pengurusan Sisa, yang merupakan aspek penting ekonomi hijau dijangka mengalami pertumbuhan yang besar, sejajar dengan visi Naza.
Perniagaan pengurusan sisa mempunyai aliran pendapatan stabil yang dapat diramalkan dan tidak bergantung kepada kitaran ekonomi.
Kedua-dua faktor ini merupakan pertimbangan penting bagi Naza dalam pengambilalihan ini.
Naza juga dalam masa sama akan terus mengendalikan Bukit Tagar Enviro Park, sebuah taman eko pengurusan sisa berintegrasi seluas 659 ekar yang merupakan salah satu daripada tapak pelupusan sanitari terbaik di negara ini.
Bisnes ini juga termasuk operasi ‘gas-to-energy’ yang dapat memperkembangkan kapasiti dalam sektor pengurusan sisa terjadual.
Fokus utama Naza dalam bisnes baharu ini termasuk Sisa Pepejal Perbandaran, Sisa Terjadual, dan ‘Waste To Energy’ dengan memfokus kepada kebertanggungjawaban alam sekitar dan kelestarian jangka
panjang.
Astro Awani
Fri May 03 2024
Menurut Nasarudin, melalui pengambilalihan ini, Naza dapat menawarkan solusi menyeluruh untuk memenuhi keperluan pengurusan sisa Malaysia. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Kumpulan Naza ambil alih 100 peratus pegangan Berjaya Enviro
Pengambilalihan ini sekali gus menjadikan Kumpulan Naza sebagai pemain utama sektor pengurusan sisa.