INTERNATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2023.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
Selepas meneliti masa proses pilihan raya, ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih presiden baharu.
Lebih 33,000 orang di Sri Lanka terjejas akibat keadaan cuaca buruk, lapor Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai pada Selasa.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas, kata Komando Pusat AS (CENTCOM) pada Isnin.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin, hampir lapan minggu selepas ia berlanggar dengan Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland, menyebabkan jambatan itu runtuh.
Seramai 10 orang cedera termasuk empat daripadanya parah akibat dipanah petir di bandar Dresden, timur Jerman pada petang Isnin.
Ekonomi Thailand berkembang sebanyak 1.5 peratus pada suku pertama 2024 didorong oleh sektor pelancongan dan penggunaan swasta, kata agensi perancangan ekonomi negara.
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan meninggal dunia selepas pesawat SQ321 mengalami kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow di London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura pada Selasa.
China komited untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pertukaran budaya, pelancongan, pendidikan, serta sains dan teknologi, kata Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami