MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Seorang lelaki warga tempatan ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah unit rumah flat di tingkat empat, Blok C, Apartment Lestari, Damansara Damai, Selangor kira-kira 8 malam tadi.
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menyifatkan penjualan 30% saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing merupakan urus niaga yang amat mencurigakan dan tiada sebarang keperluan mendesak untuk menjual pegangan MAHB kepada syarikat asing.
"Tak tahu ke bahaya masak di stesen minyak kemudian muat naik di media sosial pula," soal Majistret Nadratun Naiem Zainan di Mahkamah Bentong di sini pada Selasa.
Hakim menetapkan prosiding terhadap tertuduh, Avitan Shalom berjalan selama sembilan hari iaitu 30 September, 1 hingga 3, dan 7 hingga 11 Oktober.
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Ibu negara Malaysia itu di kedudukan 135 daripada 1,000 bandar di dunia manakala Singapura muncul sebagai bandar raya terhebat apabila berada di tempat ke-42 dalam indeks tersebut.
Polis Selangor mengesahkan telah memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi dirakam keterangan mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.
Jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli melaungkan amaran awal kepada pencabarnya di Sukan Paralimpik 2024 di Paris dengan menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun
Kerajaan bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel yang hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia
Perdana Menteri menegaskan negara akan dapat keberkatan sekiranya amalan ‘menyakau’ wang rakyat, mengkayakan diri sendiri dan kelompok kecil dapat dihentikan segera.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami