Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatat pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM46.56 bilion pada 2016, merupakan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sejak penubuhannya pada 1951 dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 11.10 peratus sejak 2001.
Ia adalah peningkatan sebanyak 5.25 peratus berbanding RM44.23 bilion pada 2015, kata Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, semasa tahun tersebut, ekuiti kekal sebagai penyumbang utama pendapatan sebanyak 57.68 peratus, atau RM26.85 bilion, naik 3.23 peratus berbanding RM26.01 bilion pada 2015.
Pelaburan KWSP dalam instrumen berpendapatan tetap yang merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia & Bon Sama Taraf serta Pinjaman & Bon menyumbang 34.87 peratus, atau RM16.23 bilion, daripada RM46.56 bilion pendapatan pelaburan untuk tahun tersebut.
KWSP mengisytiharkan dividen 5.7 pada 2016.
BACA: KWSP isytihar dividen 5.7 peratus bagi 2016, jumlah pengagihan pendapatan RM37.08 bilion
Samsudin berkata hartanah dan infrastruktur menyumbang RM2.49 bilion pendapatan pelaburan untuk 2016 dengan pertumbuhan tahunan 46.04 peratus berbanding 2015, manakala Instrumen Pasaran Wang menyumbang RM982.28 juta pendapatan untuk tahun tersebut.
"Pada ketika prestasi bon dan pasaran ekuti tempatan mengalami penurunan, strategi pempelbagaian KWSP dalam aset dan matawang global telah membenarkan pengambilan untung daripada pelbagai pasaran sepanjang tahun, seterusnya membantu dalam meningkatkan prestasi," katanya.
Pelaburan luar negara, yang mewakili 29 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan, menyumbang 39 peratus kepada pendapatan pelaburan kasar sepanjang tahun, seterusnya menambah nilai kepada pulangan keseluruhan pelaburan KWSP.
"Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI, yang mempunyai hampir 33 peratus pendedahan kepada sektor perbankan, merekodkan pulangan negatif untuk tiga tahun berturut-turut dengan pulangan tahun 2016 sebanyak -3.00 peratus.
"Ini memberi kesan terhadap nilai pasaran aset tersenarai yang dipegang oleh KWSP memandangkan lebih 70 peratus jumlah aset pelaburan dilabur dalam pasaran domestik," kata Samsudin.
Di peringkat global, harga minyak mentah dunia yang jatuh sehingga US$30 setong telah menjejaskan penilaian terhadap syarikat tersenarai dalam sektor minyak dan gas.
Justeru itu, sebagai dana simpanan persaraan yang berhemah, kami perlu untuk merekodkan penyusutan nilai pasaran dalam penyata kewangan kami, katanya.
Selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS 139), KWSP dikehendaki mengisytihar rosot nilai bersih sebanyak RM8.17 bilion berbanding RM3.07 bilion pada 2015, bagi mencerminkan penurunan harga ekuiti, terutamanya dalam sektor perbankan domestik serta minyak dan gas bagi pasaran domestik dan luar negara.
Bagaimanapun, aset pelaburan KWSP yang bernilai RM731.11 bilion setakat 31 Disember 2016 berbanding jumlah simpanan ahli sebanyak RM704.27 bilion menandakan kekukuhan portfolio pelaburannya.
Setakat 31 Disember 2016, sebanyak 48.58 peratus daripada aset pelaburan KWSP dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap dan 42.33 peratus dalam ekuiti, manakala selebihnya 4.03 peratus dan 5.06 peratus masing-masing dalam hartanah dan infrastruktur serta instrumen.
Oleh itu, secara semulajadinya prestasi pelaburan KWSP adalah menjurus ke arah pulangan instrumen berpendapatan tetap, kata Samsudin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2017
KWSP mencatat pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM46.56 bilion pada 2016, merupakan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sejak 1951. - Gambar fail
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Iran seru Asia Barat bersatu, henti serangan Israel di Syria
Negara-negara di rantau Asia Barat perlu segera bersatu bagi mengambil tindakan efektif menghentikan pencerobohan israel serta kemusnahan di Syria.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Ada sinar di Syria selepas kejatuhan rejim Assad - PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata terdapat sinar baharu di Syria.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Piala AMEC: Jurulatih Timor-Leste tak puas hati tewas kepada Harimau Malaya
Kekalahan tersebut amat mengecewakan selepas mampu beraksi baik termasuk mendahului Malaysia pada separuh masa pertama, kata Elissetche.
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Bursa Malaysia meningkat secara menyeluruh untuk akhiri sesi awal
Pergerakan harga keseluruhan pasaran kembali positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 553 berbalas 312.
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi melantun semula
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi melantun semula meneruskan aliran meningkat sesi sebelumnya menjelang pengumuman angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama negara esok.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika indeks utama susut sedikit berikutan prestasi Public Bank dan Hong Leong Bank.
Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan di kaunter-kaunter berkaitan indeks berikutan sentimen serantau yang positif.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi di semua papan hari ini didorong sentimen berubah positif menjelang pengumuman data perdagangan China bagi Mac 2020.
Hari pertama pasaran dibuka selepas PRU14 ditutup tinggi
Penanda aras pendasar FBM KLCI ditutup 3.91 mata atau 0.21 peratus lebih baik pada 1,850 pada jam 5 petang Isnin.
Ekonomi domestik berdaya tahan bantu kekal momentum menaik dagangan bursa
Ekonomi domestik yang berdaya tahan akan membantu mengekalkan momentum dagangan dalam aliran menaik di bursa tempatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Tajuddin Atan.