Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi melantun semula meneruskan aliran meningkat sesi sebelumnya menjelang pengumuman angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama negara pada Rabu.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.02 mata kepada 1,386.33 berbanding 1,382.31 pada paras penutup Jumaat minggu lepas, selepas dibuka 2.87 mata lebih rendah kepada 1,379.44.
Pasaran ditutup pada Isnin sempena cuti umum Nuzul al-Quran yang jatuh pada Ahad.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 331 berbanding 143, manakala 266 kaunter tidak berubah, 1,143 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 429.19 juta unit bernilai RM211.87 juta.
Bank Negara Malaysia dijadual mengumumkan KDNK suku pertama Malaysia pada 13 Mei dengan pertumbuhan dijangkakan berada antara 0.8 peratus dan lebih daripada 4.0 peratus.
Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata saham Asia dijangka bercampur-campur apabila para peniaga menilai cabaran ekonomi yang dihadapi dalam usaha menarik balik sekatan di tengah-tengah pandemik COVID-19.
"Sektor tenaga agak lemah memandangkan penurunan harga minyak meskipun tambahan pengurangan pengeluaran oleh Arab Saudi tetapi ianya berkaitan dengan lantunan semula dan perspektif keseluruhannya bertambah baik perlahan-lahan memandangkan jangkaan pembukaan semula ekonomi," katanya kepada Bernama.
Di luar negara, para pelabur juga menunggu ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell mengenai isu semasa yang dihadapi ekonomi AS pada Rabu serta pengumuman beberapa data utama.
Data jualan runcit dan pengeluaran perindustrian AS bagi April serta pengeluaran perindustrian, jualan runcit dan data pengangguran China bagi April dijangka dikeluarkan pada Jumaat.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang kini dilanjutkan bagi tempoh sebulan lagi sehingga 9 Jun, FBM KLCI mungkin terus berada dalam situasi tidak berubah dengan paras ketahanan segera diunjurkan pada paras psikologi 1,400 dalam tempoh terdekat, manakala paras sokongan diunjurkan pada paras 1,360.
Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Top Glove meningkat 92 sen kepada RM8.26, Hartalega naik 20 sen kepada RM7.57 dan Sime Darby Plantation menokok lima sen kepada RM4.82.
Maybank dan Axiata setiap satu naik dua sen masing-masing kepada RM7.43 dan RM3.91.
Dalam kalangan kaunter cergas, Hubline tidak berubah pada lima sen, Careplus meningkat 5.5 sen kepada 64.5 sen, Ageson jatuh dua sen kepada 15.5 sen dan Key Alliance tidak berubah pada 11 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 32.93 mata kepada 9,768.84, Indeks FBMT 100 naik 29.20 mata kepada 9,615.71, Indeks FBM Emas Shariah menokok 57.26 mata kepada 10,903.71, FBM ACE menambah 43.33 mata kepada 5,064.74 dan FBM 70 mengukuh 41.77 mata kepada 11,941.44.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 6.15 mata kepada 12,291.42, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.29 mata kepada 120.93 manakala Indeks Perladangan menokok 2.56 mata kepada 6,242.32.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 12 2020
Bank Negara Malaysia dijadual mengumumkan KDNK suku pertama Malaysia pada 13 Mei dengan pertumbuhan dijangkakan berada antara 0.8 peratus dan lebih daripada 4.0 peratus. Gambar fail
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Anak, menantu sembunyi mayat bapa demi duit pencen
Pasangan itu sanggup menyembunyikan mayat warga emas itu dalam rumah mereka selama enam tahun demi mengambil wang persaraan bulanannya.
Penutupan sempadan Mexico-AS tidak rasional - Andres
Cadangan penutupan sempadan Mexico dan Amerika Syarikat (AS) adalah mustahil dan merupakan keputusan politik yang tidak rasional.
Kongres AS setuju perjanjian perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan
Kongres Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan perjanjian perbelanjaan jangka pendek untuk menghalang kemungkinan penutupan kerajaan sehingga Mac.
Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah
Sekurang-kurangnya 10 anggota Houthi Yaman terbunuh selepas tentera AS menyerang tiga kapal milik kumpulan itu di Laut Merah.
AS bertanggungjawab ke atas perang Israel-Hamas
Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Naseer Kaanani, AS merupakan sebahagian daripada jenayah perang yang berlaku di Gaza.
Ops Ihsan: Kemasukan barangan bantuan 'disaring' sebelum lepasi pintu Rafah
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari memaklumkan pihaknya mengambil insiatif mengadakan perbincangan awal dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.