awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP jadi pemegang unit penting dalam KIP REIT selepas pegang enam peratus kepentingan

Bernama
Bernama
06/12/2024
20:00 MYT
KWSP jadi pemegang unit penting dalam KIP REIT selepas pegang enam peratus kepentingan
Dengan KWSP antara pemegang unit utama, KIP REIT berada pada kedudukan lebih baik untuk memajukan strategi pertumbuhannya. - Foto KWSP
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjadi pemegang unit penting dalam Amanah Pelaburan Hartanah KIP (KIP REIT) berikutan kejayaan pelaksanaan penempatan persendirian kumpulan itu baru-baru ini.
Melalui pegangan saham semasanya melebihi enam peratus, kedudukan KWSP sebagai pemegang unit yang besar mengukuhkan lagi keyakinannya terhadap hala tuju strategik dan potensi pertumbuhan KIP REIT.
"Penempatan persendirian itu melibatkan pengeluaran sehingga 180.0 juta unit penempatan pada 82.5 sen seunit, meningkatkan hasil kasar sehingga RM146.70 juta.
"Dana itu akan digunakan untuk sebahagiannya membiayai pemerolehan RM320 juta Pusat Beli-belah D'Pulze di Cyberjaya dan menampung perbelanjaan berkaitan," kata KIP REIT dalam satu kenyataan.
Dengan KWSP antara pemegang unit utama, KIP REIT berada pada kedudukan lebih baik untuk memajukan strategi pertumbuhannya, meningkatkan portfolionya dan mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang unitnya.
Pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2024, pendapatan hartanah bersih KIP REIT meningkat sebanyak 25.2 peratus kepada RM77.8 juta, didorong oleh portfolio hartanah runcit dan perindustrian dipelbagaikan secara strategik di seluruh Malaysia.
Pembelian terbaharu seperti TF Value-Mart di Gerik dan Pusat Beli-belah D'Pulze, mengesahkan komitmen kumpulan untuk mengembangkan jejaknya di lokasi pertumbuhan tinggi dan memberikan pulangan konsisten.
Ketua Pegawai Eksekutif KIP REIT Valerie Ong Pui Shan berkata sokongan KWSP mengukuhkan kedudukan kumpulan sebagai platform pelaburan dipercayai dan menyemarakkan komitmennya untuk mencapai pertumbuhan mampan dan memberikan nilai luar biasa kepada semua pihak berkepentingan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#KIP REIT
#pemegang unit penting
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan