Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan terus melabur dalam negara tahun ini bagi membantu menyokong ekonomi Malaysia.
"Kami akan terus melabur. Kami sedang mengenal pasti aset yang sesuai untuk melabur," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan kepada Bernama di sini.
Shahril berkata strategi yang sama akan dilaksanakan dengan membawa masuk rakan asing untuk melabur dalam negara.
"Inilah sebahagian daripada peranan yang kami laksanakan, membawa masuk hubungan yang telah kami jalin di luar negara," katanya.
Shahril berkata sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dana pencen itu menggalakkan rakan globalnya melabur bersama-sama di Malaysia.
Ini termasuk pembabitan terbarunya dalam hab logistik bersama Goodman Group Australia, dan secara berasingan dengan beberapa dana pencen global.
Ditanya mengenai unjuran peruntukan pelaburan domestik tahun ini, Shahril berkata ia berbeza dari semasa ke semasa.
"Ia bergantung kepada ketersediaan aset yang sesuai. Kami tidak menyasarkan sasaran tepat," katanya.
Pelaburan daripada syarikat tempatan sangat penting dalam merangsang ekonomi domestik selari dengan kedudukan ekonomi dunia yang lemah.
Justeru pada September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai langkah untuk mengukuhkan ekonomi negara.
Ini termasuk menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), dan firma swasta membawa pulang keuntungan untuk melabur dalam projek tempatan yang mempunyai kesan pengganda yang luas.
Najib berkata sejak pulih daripada krisis kewangan Asia 1997/1998, syarikat swasta dan GLIC di luar negara sudah meluaskan dan meningkatkan pelaburan masing-masing, melebihi jumlah pelaburan langsung dalam negara.
Sehingga Jun 2015, Malaysia merupakan pengkesport bersih modal.
Pelaburan yang dibuat oleh GLIC di luar negara bernilai RM522 bilion berbanding pelaburan langsung asing sebanyak RM477 bilion.
Shahril ditemui pada majlis pembinaan akhir Pusat Tanjung Pagar bernilai RM9.7 bilion oleh GuocoLand Group, di sini.
KWSP menguasai 20 peratus kepentingan dalam projek ini.
Ditanya mengenai pelaburan KWSP di Singapura, Shahril berkata dana itu tidak mempunyai rancangan untuk melupuskan kepentingannya dalam projek pembangunan Pusat Tanjung Pagar.
Sementara itu, Pengarah Urusan GuocoLand (Singapore) Pte Ltd Cheng Hsing Yao menyifatkan KWSP sebagai rakan profesional jangka panjangnya.
GuocoLand menjalin perjanjian dengan dana pencen Malaysia itu pada 2011 untuk memajukan projek berkenaan, yang bakal menjadi bangunan tertinggi di republik ini.
Syarikat itu menjual 20 peratus pegangannya, bernilai kira-kira RM1.95 bilion, kepada KWSP dalam projek pembangunan pelbagai kegunaan di kawasan seluas 1.7 juta kaki persegi di atas stesen MRT Tanjong Pagar.
GuocoLand memperoleh tapak pajakan 99 tahun ini yang menelan belanja kira-kira RM5.21 bilion.
Pusat Tanjung Pagar setinggi 290 meter dijadual siap pada pertengahan 2016.
Bernama
Thu Jan 14 2016
KWSP akan terus melabur dalam negara tahun ini bagi membantu menyokong ekonomi Malaysia.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
KWSP terus melabur dalam negara, bantu tingkat ekonomi
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan terus melabur dalam negara tahun ini bagi membantu menyokong ekonomi Malaysia.