awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Terengganu larang aktiviti persembahan jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan
Bekas ahli NGO didakwa terima rasuah lebih RM36,000 janji gelaran Datuk Seri
BAP bukti komitmen kerajaan perkasa pendidikan - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Azam dilantik Ketua Pengarah Pendidikan baharu berkuat kuasa 7 Julai

Bernama
Bernama
04/07/2025
14:30 MYT
Mohd Azam dilantik Ketua Pengarah Pendidikan baharu berkuat kuasa 7 Julai
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Dr Mohd Azam Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa 7 Julai. - Foto Facebook Shamsul Azri Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Dr Mohd Azam Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa 7 Julai.
Beliau menggantikan Datuk Azman Adnan yang bersara wajib mulai 5 Julai.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata beliau yakin dengan pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang pendidikan, Mohd Azam mampu memperkasakan sistem pendidikan negara ke arah yang lebih cemerlang.
"Pelantikan ini juga selari dengan hasrat untuk memartabatkan pendidikan berlandaskan nilai-nilai MADANI, demi kemajuan negara dan kemenjadian anak-anak Malaysia. Tahniah dan selamat menjalankan amanah!" katanya.
Mohd Azam memulakan khidmat dalam Perkhidmatan Awam pada 1 Mac 1989 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Beliau mempunyai latar belakang akademik yang kukuh, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Melayu, Ijazah Sarjana dalam bidang Linguistik Wacana serta Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Strategik Komunikasi dari Universiti Malaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Pengarah Pendidikan
#Mohd Azam Ahmad
#Azman Adnan
#Shamsul Azri Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan