awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LADA, Bioalpha Wellness jalin kerjasama bangunkan Langkawi Agro Park

Bernama
Bernama
05/12/2023
01:40 MYT
LADA, Bioalpha Wellness jalin kerjasama bangunkan Langkawi Agro Park
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan) LADA Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan Bioalpha Hon Tian Kok (kanan) menandatangani perjanjian pembangunan projek Langkawi Agro Park. - Foto DagangNews
ALOR SETAR: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menjalin kerjasama pintar dengan Bioalpha Wellness Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Bioalpha Holdings Bhd bagi membangunkan projek Langkawi Agro Park bernilai RM15 juta di Langkawi.
Menurut satu kenyataan oleh LADA pada isnin, projek yang akan menjadi satu lagi produk pelancongan di Langkawi itu dicadang dibangunkan di atas tanah milik LADA berkeluasan 3.22 hektar yang terletak di Kuala Sungai Melaka.
"Bioalpha Wellness akan bertanggungjawab membangunkan projek ini. Sementara itu, Bioalpha Holdings akan menjadi penjamin melalui Corporate Guarantee Agreement (CGA) bagi menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi syarikat untuk memastikan projek ini dilaksanakan.
"Bioalpha Wellness akan membangunkan Projek Langkawi Agro Park sebagai destinasi pelancongan agro yang memperkenalkan dunia pertanian dengan menyajikan pengalaman unik dan imersif kepada pengunjung," menurut kenyataan itu.
Ia berkata, projek tersebut akan mempromosikan kepelbagaian tumbuhan herba tempatan yang digunakan masyarakat Malaysia sebagai ubat-ubatan alternatif serta tradisional yang mempunyai pelbagai khasiat dengan lebih 10 spesies herba akan ditanam di kawasan projek itu.
Pembangunan projek tersebut mengandungi beberapa komponen iaitu galeri jualan, galeri herba, bilik pameran demonstrasi, restoran organik terbuka dan taman herba, kata kenyataan itu.
Penduduk dan peniaga tempatan akan turut menerima manfaat ekonomi menerusi projek tersebut apabila Bioalpha Wellness bersetuju untuk memberi khidmat nasihat mengenai kaedah penanaman pokok herba berkualiti kepada penduduk tempatan dan bersedia untuk membeli tanaman herba tempatan bagi penghasilan produk herba.
LADA turut menyertakan syarat kepada Bioalpha Wellness agar menawarkan peluang pekerjaan sekurang-kurangnya 50 peratus terdiri daripada penduduk Langkawi atau Kedah.
"Bioalpha Wellness juga bersetuju untuk menghasilkan sekurang-kurangnya dua jenis produk berasaskan herba Langkawi dalam tempoh konsesi selama 30 tahun," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Langkawi
#LADA
#Langkawi Agro Park
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan