Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: Pengundi mula tunaikan tanggungjawab di SJKC Malim

SJKC Malim merupakan antara pusat pengundian dalam kawasan DUN Kesidang, di bawah Parlimen Kota Melaka. - Astro AWANI
SJKC Malim merupakan antara pusat pengundian dalam kawasan DUN Kesidang, di bawah Parlimen Kota Melaka. - Astro AWANI
Advertisement

MELAKA TENGAH: Pengundi mula menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebaik pusat pengundian dibuka jam 8 pagi ini.

Tinjauan Astro AWANI di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim mendapati pengundi sudah mula hadir seawal jam 7 pagi sebelum proses pengundian bermula.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula berada di pusat pengundian berkenaan sejak jam 6.30 pagi bagi melakukan persiapan.

Advertisement

Antara yang hadir paling awal ialah Muhammad Idham Zaini, 27, yang menjadi individu pertama beratur di pusat pengundian berkenaan.

Menurutnya, dia memilih untuk mengundi awal kerana perlu menyelesaikan urusan di Kuala Lumpur pada tengah hari.

Advertisement

“Saya beratur awal kerana ada urusan di Kuala Lumpur tengah hari ini. Di sini biasanya memang ramai orang, jadi saya perlu cepat,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.

 

Image
pengundi pertama malim, Muhammad Idham_Astro AWANI

 

Turut kelihatan ialah calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir, Jasmine Lok, yang hadir di pusat pengundian berkenaan.

SJKC Malim merupakan antara pusat pengundian dalam kawasan DUN Kesidang, di bawah Parlimen Kota Melaka.

DUN Kesidang mempunyai 54,910 pemilih berdaftar, merangkumi 54,343 pengundi biasa dan 567 anggota polis.

Secara keseluruhan, seramai 687,697 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRN Melaka kali ini, termasuk 675,166 pengundi biasa yang dijadual menunaikan tanggungjawab hari ini.

Sebanyak 28 kerusi DUN dipertandingkan bagi menentukan pembentukan kerajaan negeri Melaka untuk penggal baharu.

 

 

Must Watch Video

Advertisement