Ringkasan AI
- Penghidap diabetes jenis 2 mempunyai risiko relatif 53 peratus lebih tinggi untuk mendapat penyakit Alzheimer berbanding individu tanpa diabetes, menurut kajian Australia.
- Semakan sistematik dan metaanalisis terhadap 40 kajian mendapati purata 4.7 daripada setiap 1,000 penghidap diabetes jenis 2 menghidap Alzheimer setiap tahun.
- Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Alzheimer's Research & Therapy ini memberi gambaran lebih jelas tentang beban penyakit dalam kalangan penghidap diabetes jenis 2.
SYDNEY: Individu yang menghidap diabetes jenis 2 mempunyai risiko relatif terlaras 53 peratus lebih tinggi untuk menghidap penyakit Alzheimer berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit itu, menurut kajian semula diketuai Australia, lapor Xinhua.
Para penyelidik menjalankan semakan sistematik dan metaanalisis terhadap 40 kajian serta mendapati purata anggaran 4.7 daripada setiap 1,000 penghidap diabetes jenis 2 berkemungkinan menghidap penyakit Alzheimer dalam tempoh setahun, menurut kenyataan dikeluarkan Universiti Curtin Australia pada Khamis.
Semakan itu memberi tumpuan khusus kepada diabetes jenis 2 dan penyakit Alzheimer dengan mengukur risiko relatif serta insiden kes baharu dalam kalangan penghidap diabetes jenis 2, kata Pengarang Kajian Emmanuel Adewuyi daripada Fakulti Kesihatan Populasi Curtin.
Kajian semula yang diterbitkan dalam jurnal Alzheimer's Research & Therapy itu memberikan gambaran lebih jelas mengenai beban penyakit dalam kalangan penghidap diabetes jenis 2, katanya.
-- BERNAMA-XINHUA