KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 1 Tahun 2023 yang diadakan pada Khamis antara lain mendengar pembentangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai hasil awal projek rintis Program Ekonomi Sempadan (Projek Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempengerusikan mesyuarat itu semalam, berkata pelbagai kesan serta impak positif diperoleh daripada projek rintis yang dilaksanakan di Perlis dan program tersebut adalah usaha KPDN untuk mengatasi ketirisan minyak petrol serta diesel terutama di kawasan berhampiran sempadan negara.
"Laporan awal menunjukkan subsidi kerajaan dapat diselamatkan kerana penjualan minyak petrol dan diesel ini tidak melibatkan peruntukan subsidi. Malahan peluang untuk meningkatkan pendapatan negara juga tinggi melalui cukai jualan yang dikenakan ke atas kenderaan asing," menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata KPDN merekodkan kes penyelewengan yang rendah di Perlis sepanjang tempoh projek rintis dilaksanakan setakat ini manakala isu trafik sesak di stesen minyak di negeri itu juga telah reda dengan pelaksanaan tersebut.
Anwar berkata KPDN akan mengeluarkan perincian pencapaian projek rintis itu sepanjang dua bulan pelaksanaannya serta dalam kajian kemungkinan untuk dipanjangkan ke negeri lain.
Perdana Menteri berkata selain itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mempergiat Program Pembangunan Pemasaran dengan menyasarkan Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) sebanyak 2,000 lokasi pada tahun ini berbanding 1,000 lokasi tahun lepas.
"Jualan ini dijangka memberi manfaat kepada semua lapisan pengguna termasuk peniaga kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah kerana dibawa terus dari sumber bekalan," katanya.
Beliau berkata FAMA juga mengadakan Jualan Khas Ramadan Madani di 268 lokasi seluruh negara terdiri daripada pasar tani, pasar tani kekal, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Medan Niaga Satok selain Jualan Khas Syawal Madani di 113 outlet pemasaran FAMA bermula 15 April ini yang memberi peluang kepada rakyat mendapatkan bahan bagi persediaan Aidilfitri.
Anwar berkata pada mesyuarat itu, KPDN turut membentangkan status inisiatif Rahmah iaitu Jualan Rahmah di 16 pasar raya besar dan rangkaiannya melibatkan 118 kawasan Parlimen serta 8,223 lokasi manakala 71,400 Bakul Rahmah diedarkan oleh 10 penyumbang utama kepada penerima miskin tegar.
Beliau berkata Menu Rahmah pula telah dilaksana di 1,706 premis makanan dan restoran selain Bazar Ramadan Rahmah yang disertai 913 peniaga di 41 lokasi.
Bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya berada pada tahap tertinggi, Perdana Menteri berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama-sama PROTON dan PERODUA pula telah melancarkan Pakej Rahmah bagi servis kenderaan bermotor pada harga jauh lebih murah.
"Ini merupakan usaha Kerajaan Malaysia MADANI serta semua pihak terutama pemain pelbagai industri seperti peruncitan, makanan dan minuman, tekstil, perhotelan, perkilangan berasaskan makanan dan yang terkini automotif bagi membantu rakyat Malaysia MADANI," katanya.
Anwar berkata mesyuarat itu turut mengambil maklum pembentangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia bagi melaksanakan satu lagi inisiatif RAHMAH dan pengumuman mengenainya akan dibuat pada satu tarikh lain.
Selain itu, beliau berkata Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan KPDN sedang memperinci kaedah subsidi lebih bersasar dan satu kertas pembentangan akan diangkat kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada mesyuarat seterusnya.
Pada masa sama, Perdana Menteri menempelak dakwaan yang menyatakan beliau tidak lagi fokus kepada agenda menangani kos sara hidup dengan menyifatkan ia sebagai tuduhan liar semata-mata.
Anwar berkata beliau dibantu oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri melalui beberapa jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan (JPP) NACCOL yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah dua kali bersidang.
"Selepas ini, beliau akan mempergiat usaha pemantauan dan pelaksanaan dasar serta strategi Kerajaan Malaysia MADANI dengan mengadakan mesyuarat setiap bulan," katanya.
Perdana Menteri juga berkata adalah wajar semua pihak bersama-sama dengan kerajaan menggembleng usaha membantu rakyat serta mengurangkan polemik kerana kos sara hidup adalah agenda nasional dan menuntut pendekatan seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Perdana Menteri menempelak dakwaan yang menyatakan beliau tidak lagi fokus kepada agenda menangani kos sara hidup dengan menyifatkan ia sebagai tuduhan liar semata-mata. - Foto fail/BERNAMA
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Kutipan awal filem Sheriff: Narko Integriti cecah lebih RM1 juta
Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya
Rumah pusaka hilang seri, Aidilfitri sepi tanpa Khalid Ali
Suasana menjadi sedikit janggal tanpa watak penghibur yang sentiasa menghiasi kemeriahan Aidilfitri keluarga besar mereka.