awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKM sasar haram vape tahun ini - Dzulkefly
Alat permainan seks dan motosikal 'moped' bernilai RM1.05 juta dirampas
REHDA gesa pengeluar dan pengilang kawal kos bahan binaan, elak jejas harga hartanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
24/05/2024
06:00 MYT
Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta
Tengku Zafrul berkata, beberapa projek daripada pelaburan itu akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun. - Gambar fail
TOKYO: Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Tokyo berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport masing-masing bernilai RM1.45 bilion dan RM550 juta daripada tujuh syarikat utama Jepun.
Kesemua syarikat tersebut terlibat dalam sektor industri jentera dan kelengkapan; kimia dan produk kimia; industri minyak dan gas; minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, serta tenaga boleh diperbaharui (RE).
Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beberapa projek daripada pelaburan itu akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun.
"Ia bakal membantu Malaysia mewujudkan ekosistem yang kukuh dalam sektor semikonduktor, tenaga boleh baharu dan teknologi hijau.
"Manakala beberapa projek merupakan pemangkin penting ke arah mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih Malaysia menjelang 2050," katanya.
Antara syarikat yang mengadakan pertemuan dengan MITI sempena lawatan Perdana Menteri ialah IHI Corporation, Nisshin Oillio Group, Tokuyama Corporation, Sumitomo Corporation, ENEOS Holdings, Mitsubishi Corporation dan Tokyo Gas.
Jepun merupakan rakan dagang Malaysia yang keempat terbesar bagi tahun 2023 dengan nilai dagangan berjumlah RM156.63 bilion.
Mereka juga merupakan pelabur keempat terbesar dalam sektor pembuatan dengan nilai pelaburan RM102.11 bilion (USD29.67), melibatkan 2,810 projek dan mewujudkan sejumlah 344,120 peluang pekerjaan.
Lawatan kerja singkat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun bermula 22 hingga 24 Mei, 2024.
Beliau dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menunaikan solat Jumaat di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Jepun
#Anwar Ibrahim
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan