KUALA LUMPUR: Lebih ramai majikan memberikan kenaikan gaji kepada pekerja mereka pada 2021 berbanding 2020, menandakan pemulihan perniagaan yang positif di negara ini, menurut Tinjauan Gaji Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) bagi Eksekutif dan Bukan Eksekutif 2021.
Memetik Tinjauan Gaji MEF tahunan ke-27 yang dilancarkan hari ini, Presiden Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata 65.20 peratus daripada syarikat responden memberikan kenaikan gaji sama ada kepada semua atau kakitangan eksekutif tertentu pada 2021 berbanding 58.40 peratus pada 2020, manakala 66.40 peratus memberikan kenaikan gaji kepada semua atau kakitangan bukan eksekutif tertentu pada 2021 berbanding 61.70 peratus pada 2020.
"Purata kenaikan gaji bagi eksekutif pada 2021 ialah 4.40 peratus, bagi bukan eksekutif, purata kenaikan gaji pada 2021 adalah pada 4.43 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syed Hussain berkata tinjauan itu juga mengunjurkan purata kenaikan gaji bagi eksekutif pada 2022 ialah pada 4.37 peratus, manakala bagi bukan eksekutif, purata unjuran kenaikan gaji untuk 2022 ialah pada 4.17 peratus.
"Kira-kira 60 peratus syarikat menentukan gaji berdasarkan tahap keuntungan atau produktiviti, manakala lebih separuh daripada syarikat menentukan kuantum kenaikan gaji berdasarkan kadar pasaran," katanya.
Dari segi bonus, Syed Hussain berkata tinjauan itu menunjukkan bahawa 68.30 peratus daripada syarikat responden memberikan bonus kepada eksekutif dan bukan eksekutif pada 2021, dan mengunjurkan bonus untuk 2022 ialah 1.82 dan 1.66 bulan masing-masing untuk eksekutif dan bukan eksekutif.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021
Syed Hussain berkata tinjauan itu juga mengunjurkan purata kenaikan gaji bagi eksekutif pada 2022 ialah pada 4.37 peratus, manakala bagi bukan eksekutif (4.17 peratus). - Gambar hiasan/ Astro AWANI
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Prestasi penjawat awam baik, tiada sebab lewatkan kajian sistem saraan - Anwar
Prestasi baik yang ditunjukkan penjawat awam memberi keyakinan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyegerakan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Pelaksanaan dasar gaji progresif bertepatan bangunkan ekonomi, tingkatkan pendapatan
Penganalisis berkata, IHP terus meningkat dan terdapat keperluan untuk kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum dan dasar gaji progresif.
Belanjawan 2024: Penjawat awam gred 56 ke bawah terima RM2,000
Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
'Gaji minimum pegawai rendah polis wajar dinaikkan'
Gaji minimum pegawai rendah polis wajar dinaikkan mengikut keperluan ekonomi semasa, kata Timbalan Presiden Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Sub Inspektor Abd Rashid Ali.
Kerajaan usaha naikkan gaji penjawat awam menerusi Belanjawan Madani - PM
Kerajaan berusaha untuk menaikkan sedikit gaji penjawat awam menerusi Belanjawan Madani kedua yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaji penjawat awam perlu selaras dengan kadar inflasi
Kenaikan gaji penjawat awam perlu diselaraskan dengan kadar inflasi dalam negara kerana ia memainkan peranan penting bagi menentukan kecukupan gaji mereka.
Anwar pengerusikan mesyuarat pertama kaji skim perkhidmatan, saraan penjawat awam
Beliau berkata mesyuarat tersebut akan diadakan sebelum enam Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan pada 12 Ogos ini.
Kerajaan pastikan kenaikan setiap tahun sebelum laksana skim baharu gaji penjawat awam - Rafizi
Kerajaan Persekutuan dalam usaha untuk memastikan kenaikan gaji terhadap kakitangan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan secara berterusan setiap tahun.
Ratusan ribu rakyat sertai tunjuk perasaan selepas pembentangan bajet UK
Antara yang turun padang termasuk kakitangan kerajaan, guru, pemandu kereta api dan doktor muda.
Kenaikan gaji penjawat awam akan dipertimbangkan - PM
Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan gaji penjawat awam sekiranya hasil pendapatan negara bertambah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.