awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih dua juta peminjam telah dihubungi bank bagi bantuan pembayaran balik

Bernama
Bernama
08/09/2020
05:10 MYT
Lebih dua juta peminjam telah dihubungi bank bagi bantuan pembayaran balik
Menurut Mohd Shahar, daripada permohonan bantuan pembayaran balik pinjaman yang lengkap diterima dan diproses, sebanyak 97 peratus telah diluluskan. - Gambar fail/BERNAMA
Lebih dua juta peminjam telah dihubungi bank untuk ditawarkan bantuan pembayaran balik setakat 28 Ogos 2020, kata Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah.
Beliau berkata daripada jumlah itu, institusi perbankan telah berbincang dengan 1.1 juta peminjam yang telah memberi maklum balas dan hampir 300,000 peminjam telah mengesahkan yang mereka betul-betul memerlukan bantuan pembayaran balik, manakala selebihnya sedang mempertimbangkan opsyen bantuan yang disediakan.
"Angka ini dijangka akan terus meningkat dengan ketara apabila peminjam boleh memohon dengan mudah melalui pelbagai saluran yang telah disediakan," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Razali Idris (BERSATU) yang ingin tahu mengenai jumlah kelompok bersasar termasuk kumpulan yang tiada pekerjaan kerana terjejas akibat COVID-19 yang menikmati lanjutan moratorium pinjaman.
Katanya daripada permohonan bantuan pembayaran balik pinjaman yang lengkap diterima dan diproses, sebanyak 97 peratus telah diluluskan.
"Proses permohonan bagi pelanggan individu dijangka mengambil masa antara satu hingga lima hari manakala bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka mengambil masa antara tiga hari hingga dua minggu selepas permohonan lengkap diterima bank," katanya.
Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana fleksibiliti yang diberikan kepada peminjam sepanjang tempoh ini tidak akan terpapar dalam laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) peminjam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#Dewan Negara
#koronavirus
#Mohd Shahar Abdullah
#moratorium pinjaman
#PKS
#Timbalan Menteri Kewangan II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan