awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih separuh rakyat Malaysia mendengar stesen radio Melayu - Nielsen

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2014
03:08 MYT
Lebih separuh rakyat Malaysia mendengar stesen radio Melayu - Nielsen
Era FM yang dikendalikan oleh Astro Radio Sdn Bhd mendahului jangkauan mingguan pendengar tertinggi berbanding radio stesen Bahasa Melayu lain. - Gambar fail
Rakyat Malaysia sekali lagi berada di kedudukan di antara pendengar radio tertinggi di rantau ini dengan lebih daripada 17 juta penduduknya yang berusia 10 tahun dan ke atas mendengar radio setiap hari, mengatasi beberapa negara lain.
Manurut satu kajian Pengukuran Pendengar Radio (RAM) oleh Nielsen, sembilan dari 10 rakyat Malaysia menghabiskan hampir 18 jam seminggu mendengar stesen radio kegemaran mereka.
"Walaupun dengan kehadiran pelbagai media, radio terus menjadi kegemaran di kalangan pengguna Malaysia. Ini terbukti dari tempoh masa yang tinggi dihabiskan untuk mendengar dan jumlah pendengar," kata Pengarah Eksekutif Kumpulan Industri Media Nielsen Malaysia, Benjamin Ting dalam satu kenyataan.
Pendengar radio
Pendengar radio
Dua belas radio stesen utama daripada Astro Radio Sdn Bhd, Media Prima Radio Networks dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menerajui 70 peratus pasaran radio di Semenanjung Malaysia manakala stesen bahasa Melayu mengekalkan jangkauan mingguan sebanyak 55 peratus (10.2 juta pendengar).
Pendengar radio
Pendengar radio
Era FM mendahului dengan jangkauan mingguan sebanyak 27.8 peratus (5.2 juta pendengar) diikuti dengan SINAR fm dengan 19.7 peratus (3.7 juta pendengar) dan Hot FM dengan 14.5 peratus (2.7 juta pendengar).
Ketiga-tiga stesen radio mempertahankan kedudukan mereka sebagai stesen bahasa Melayu teratas.
Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa 9 peratus (1.7 juta pendengar) mendengar stesen bahasa Inggeris. Hitz.fm mendahului senarai dengan 5.8 peratus (1.1 juta pendengar) dan Fly FM dengan 2 peratus (368,000 pendengar).
Topic Berkaitan
#Astro Radio
#Nielsen
#Pengukuran Pendengar Radio
#radio
#RAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan