KUALA LUMPUR: Lebihan dagangan Malaysia meningkat 11.3 peratus tahun ke tahun (y-o-y) kepada RM25.81 bilion pada Jun 2023, menandakan lebihan dagangan yang ke-38 bulan berturut-turut sejak Mei 2020, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Lebihan dagangan bagi Jun 2023 itu juga merupakan nilai bulanan tertinggi pernah direkodkan untuk bulan Jun, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, seiring dengan permintaan global yang lebih perlahan dan harga komoditi yang lebih rendah, jumlah dagangan menguncup 16.3 peratus kepada RM222.14 bilion pada Jun 2023, manakala eksport susut 14.1 peratus kepada RM123.98 bilion dan import menurun 18.9 peratus kepada RM98.16 bilion.
"Prestasi itu serupa dengan pasaran serantau lain terutamanya China, Singapura, Indonesia, Taiwan dan Korea Selatan, yang mencatatkan pertumbuhan perdagangan negatif bagi Jun 2023," katanya.
Manakala bagi penguncupan import direkodkan bagi produk elektrik dan elektronik (-RM7.2 bilion); keluaran petroleum (-RM7.1 bilion); kimia dan bahan kimia (-RM2.2 bilion); barangan perkilangan logam (-RM1.5 bilion); kelengkapan pengangkutan (-RM1.4 bilion); gas asli cecair (-RM1.1 bilion), serta barangan besi dan keluli (-RM1.0 bilion), tambahnya.
Mengenai destinasi eksport, Mohd Uzir berkata pengurangan eksport disumbangkan terutamanya ke Amerika Syarikat yang jatuh sebanyak RM3.2 bilion, diikuti Kesatuan Eropah (-RM2.7 bilion), Bangladesh (-RM1.9 bilion), Jepun (-RM1.8 bilion), India (-RM1.7 bilion), Thailand (-RM1.6 bilion), China (-RM1.5 bilion), Taiwan (-RM1.1 bilion) dan Hong Kong (-RM1.0 bilion).
Manakala penurunan import adalah dari China (-RM6.1 bilion), Taiwan (-RM2.7 bilion), Korea Selatan (-RM2.6 bilion), Amerika Syarikat (-RM2.5 bilion), Singapura (-RM2.4 bilion), Indonesia (-RM1.9 bilion), Australia (-RM1.6 bilion), Kesatuan Eropah (-RM1.6 bilion) dan India (-RM1.1 bilion), katanya.
Berbanding Mei 2023, Mohd Uzir berkata eksport dan lebihan dagangan pada Jun 2023 masing-masing meningkat 3.7 peratus dan 64.4 peratus, manakala import dan jumlah dagangan masing-masing menguncup 5.4 peratus dan 0.5 peratus.
Pada asas suku tahunan, DoSM berkata jumlah dagangan bagi suku kedua (S2) 2023 merosot 11.3 peratus kepada RM643.2 bilion berbanding S2 2022, dengan eksport merosot 11.1 peratus kepada RM348.7 bilion daripada RM392.3 bilion pada tahun sebelumnya, dan import merosot 11.5 peratus kepada RM294.5 bilion.
Pada S2 2023, lebihan dagangan menyusut 8.8 peratus kepada RM54.1 bilion, tambahnya.
Bagi enam bulan pertama 2023, DoSM berkata jumlah dagangan menurun sebanyak 4.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas disebabkan kemerosotan dalam eksport (menguncup 4.5 peratus) dan import (-4.7 peratus).
Namun begitu, lebihan dagangan merekodkan nilai lebih tinggi sebanyak RM118.5 bilion pada separuh pertama tahun ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Lebihan dagangan bagi Jun 2023 itu juga merupakan nilai bulanan tertinggi pernah direkodkan untuk bulan Jun. - Gambar fail/BERNAMA
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Oktober tahun ini lepasi paras RM2 trilion - MITI
Perdagangan Malaysia melepasi paras RM2 trilion bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Lebihan dagangan Malaysia naik kepada RM25.81 bilion pada Jun 2023 - MITI
Lebihan dagangan Malaysia meningkat 11.3 peratus tahun ke tahun kepada RM25.81 bilion pada Jun 2023, menandakan lebihan dagangan yang ke-38 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.
Prestasi perdagangan Malaysia Jun 2023 merosot 16.3 peratus
Eksport dan import turut mencatatkan penurunan masing-masing 14.1 peratus dan 18.9 peratus.
Lebihan dagangan Malaysia melonjak 151.6 peratus tahun ke tahun kepada RM16.82 bilion pada November
Eksport meningkat 4.3 peratus kepada RM84.43 bilion berbanding bulan yang sama tahun lepas, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun bagi tiga bulan berturut-turut.
Eksport terus meningkat, mencatatkan pertumbuhan 4.3 peratus
Berlatarbelakangkan keadaan ekonomi global yang mencabar kesan COVID-19, jumlah dagangan Malaysia pada Nov 2020 menurun 2.0 peratus daripada RM155.2 bilion pada Nov tahun lalu kepada RM152.0 bilion.
Trump rayu China bantu beliau menang pilihan raya - Bolton
Menurut Bolton, dalam pertemuan dengan Presiden China di Osaka, Jepun pada sidang G-20 pada 2019, Trump menyatakan, ahli parti Demokrat tidak sukakan China.
Import, eksport November dijangka susut - RAM
Menurut RAM Rating Services Bhd, penurunan itu lebih perlahan berbanding penurunan masing-masing 8.7 peratus dan 6.7 peratus pada Oktober.