KUALA LUMPUR: Lynas Malaysia boleh menjadi pemangkin untuk pelaburan dalam sektor tenaga hijau dan mineral kritikal negara memandangkan Malaysia merupakan satu-satunya pembekal utama unsur nadir bumi (REE) bukan China, kata Ketua Pegawai Operasi (COO) Lynas Rare Earths, Pol Le Roux.
Beliau berkata negara ASEAN lain telah berjaya menarik berbilion Pelaburan Langsung Asing dalam pembuatan hiliran magnet berprestasi tinggi dan teknologi berkaitan lain yang memerlukan unsur nadir bumi dan mewujudkan ribuan pekerjaan baharu.
"Sebagai contoh pembangunan kilang super magnet Malaysia menawarkan perkhidmatan kepada industri automotif mampu menghasilkan 5,000 tan magnet NdFeb (Neodymium Iron Boron) dan mewujudkan sehingga 5,000 peluang pekerjaan dan pelaburan sebanyak RM1 bilion," katanya dalam kenyataan sempena persidangan 'Menguasai Pengetahuan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif untuk Kelestarian Masa Depan' yang diadakan di sini semalam.
Menurut Le Roux, Malaysia mempunyai peluang untuk menjadi peneraju dunia dalam industri yang menyokong teknologi yang digunakan setiap hari seperti kereta dan telefon pintar serta industri masa depan seperti kenderaan elektrik dan turbin angin.
Sementara itu, Naib Presiden Lynas Malaysia Datuk Seri Mashal Ahmad berkata Malaysia harus memanfaatkan sepenuhnya deposit nadir buminya dan aktiviti hiliran seperti retak dan larut lesap, pengekstrakan pelarut dan kemasan produk.
Mashal berkata negara berada pada kedudukan yang baik dengan kepakaran pemprosesan nadir bumi hiliran di kilang Lynas di Kuantan, Pahang dan oleh itu krisis tenaga memberi peluang kepada Malaysia untuk bergerak ke hadapan di hulu dan hiliran.
"Polisi atau rangka kerja nadir bumi negara akan menjadi langkah seterusnya yang ideal untuk menggalakkan perkembangan masa depan dalam industri hiliran Malaysia. Malaysia mempunyai kelebihan strategik sebagai satu-satunya pembekal penting produk nadir bumi bukan China dan kami boleh menggunakan kelebihan daya saing ini untuk memajukan lagi industri nadir bumi tempatan dan industri pembuatan termaju," katanya.
Mashal berkata Lynas Malaysia telah lebih sedekad membangunkan kepakaran global dalaman dalam bidang pemprosesan nadir bumi di Lynas Malaysia dengan mewujudkan 4,600 pekerjaan dalam ekonomi Malaysia termasuk hampir 900 pekerjaan langsung dan menyumbang RM4.8 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sejak 2013.
"Malaysia memerlukan lebih banyak pekerjaan dengan gaji yang tinggi untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan pekerjaan di Lynas Malaysia adalah pekerjaan bernilai tinggi yang baik untuk rakyat kita. Pembangunan selanjutnya dalam industri ini akan menawarkan pekerjaan berkemahiran tinggi baharu di Malaysia dan menyediakan sumber bekalan tempatan kepada industri pembuatan Malaysia termasuk kenderaan bermotor dan peralatan elektrik," katanya.
Marshal juga berharap agar kerajaan seragamkan dan tidak mengubah peraturan mengenai pemprosesan unsur nadir bumi terlalu kerap untuk menarik dan mengekalkan pelabur dalam industri itu.
"Bagi pelabur masuk ke negara ini dan melabur berbilion dolar, mereka akan mewujudkan ribuan pekerjaan, jadi adalah penting untuk memastikan peraturan tidak kerap diubah," katanya.
Beliau menambah Malaysia tidak harus melepaskan peluang ini mempunyai bekalan REE terbesar di luar China, mula tumpukan pemprosesan REE tempatan dan mengembangkan peranannya dalam industri pembuatan nadir bumi global dan bukannya membiarkan Vietnam menggunakan sumber Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022
Pol Le Roux menyamoaikan ucaptama ketika persidangan di Menara Kuala Lumpur semalam. --fotoBERNAMA
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bahas isu Lynas secara saintifik, bukan politik - Abdul Hadi
Ahli Parlimen Marang itu berkata pandangan pakar saintis juga perlu didengari dan diperhalusi dalam menangani isu terbabit.
Lynas Malaysia capai 'bebas masa kecederaan' setahun
Kehilangan masa akibat kecederaan merupakan kecederaan yang dialami pekerja sehingga individu itu tidak dapat bekerja untuk satu hari atau satu syif atau lebih.