KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines, mengesahkan bahawa ia telah mengeluarkan notis tender kepada pihak yang berminat untuk membeli pesawat Airbus 380 (A380) dan/atau komponennya pada 12 Julai.
"Ini susulan keputusan kumpulan untuk mengeluarkan kumpulan pesawat A380, selepas langkah penstrukturan semulanya selesai pada Mac 2021.
"Syarikat penerbangan akan mengikuti proses yang sewajarnya dalam menilai penyerahan oleh pembida yang berpotensi dan menjangka proses itu akan selesai pada suku keempat 2021," menurut kumpulan itu kepada Bernama ketika dihubungi pada Khamis.
MAG mengulas laporan mengenai anak syarikat milik penuhnya, MAB Pesawat Sdn Bhd menjalankan tender terbuka untuk penjualan enam pesawat A380-800 dan/atau komponennya.
Pihak yang berminat dipelawa untuk menghantar cadangan mereka selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2021.
MAB telah menyelesaikan proses penstrukturan semula hutangnya dalam tempoh hanya empat setengah bulan -- menjadikannya organisasi syarikat penerbangan paling cepat dalam sejarah melaksanakan langkah tersebut dalam tempoh yang singkat.
Pelan penstrukturan semula itu melibatkan 75 pemiutang, dengan jumlah hutang kira-kira RM15 bilion oleh Malaysia Airlines.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 15 2021
MAG mengulas laporan mengenai anak syarikat milik penuhnya, MAB Pesawat Sdn Bhd menjalankan tender terbuka untuk penjualan enam pesawat A380-800 dan/atau komponennya. -Gambar fail/ Bernama
Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Malaysia cemerlang raih satu gangsa, empat 'Medallion for Excellence' di WorldSkills Lyon
Wong Hsun Wei meraih pingat gangsa dan dinobatkan Best Of Nation pada acara penutup WSC 2024 dan penyampaian pingat pada Ahad.
Perpaduan teguh, setia kawan tinggi harapan Abang Johari di Hari Malaysia ke-61
Katanya, semangat ini dapat terus memajukan negara dan melahirkan generasi yang memiliki jati diri tinggi serta setia kepada ibu pertiwi.
Tumbuk pengadil, tiga kad merah hiasi drama aksi Aceh bertemu Sulawesi Tengah
Tempoh 90 minit perlawanan disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi.
LaLiga: Lima kemenangan dalam lima aksi buat Barcelona, Hansi Flick semakin membara
Dua jaringan dalam tempoh tujuh minit daripada pemain muda itu cukup untuk mendahului perlawanan dalam separuh masa pertama.
71 kontinjen sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan
Perarakan melibatkan beberapa jalan antaranya Jalan Kuil, Jalan Dato Hamzah, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Jalan Taman Bunga dan Bulatan Istana.
44 rumah musnah terbakar di Penangah
Pada awalnya, kebakaran hanya melibatkan tiga rumah namun api telah merebak dan menyebabkan lebih 40 rumah turut musnah.
EPL: Tottenham Hotspur tanggung malu tewas kepada Arsenal
Arsenal memperoleh kemenangan ketiga saingan EPL selepas menumpaskan seteru tradisi London, Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham.
RIUH Bah! akan terus dilaksana, beri peluang anak muda tunjuk bakat - Fahmi
Acara itu terbukti dapat memberi ruang terutama kepada para usahawan dan pemuzik menunjukkan bakat masing-masing.
Golongan muda 'penentu' PRK Mahkota, cabaran BN pastikan kemenangan lebih baik
Ku Hasnan berkata, golongan muda mendominasi jumlah pengundi DUN Mahkota, menjadikan parti yang bertanding perlu bijak menambat hati mereka.
'Kami tidak bersembunyi di sebalik tirai' - MAG
Keputusan sukar telah diambil dalam tempoh tiga hingga empat tahun yang lalu bagii menyusun semula organisasi secara menyeluruh.
MAG pamer inovasi kembara tercanggih, rai perpaduan di MATTA Fair 2024
Melangkah ke dalam keterujaan di Arena MAG, nikmati potongan tambang penerbangan sehingga 30 peratus dan berpeluang memenangi tiket Kelas Perniagaan ke London!
MAG kurangkan kapasiti, komited pastikan kestabilan operasi
Langkah pengurangan kapasiti terpaksa diambil ekoran kekurangan bekalan global untuk alat-alat ganti pesawat.
MAG kurangkan penerbangan antarabangsa - AeroRoutes
Menurut AeroRoutes perubahan perkhidmatan antarabangsa ini berlaku untuk minggu 25 hingga 31 Ogos.
Bukan hanya MAS pernah alami gangguan teknikal - Loke
Masalah sama pernah melanda Cathay Pacific, Singapore Airlines dan Thai Airlines namun beliau hairan mengapa hanya isu berkaitan MAS diperbesarkan.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
MAG catat untung bersih RM766 juta, kali pertama sejak 2010
MAG kembali untung dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM766 juta pada TK2023, berbanding kerugian bersih sebanyak RM344 juta pada TK2022.
MAG tawar tambang serendah RM79 sempena Tahun Melawat Malaysia 2026
Malaysia Aviation Group (MAG) bertindak mengukuhkan lagi komitmennya dalam menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab untuk Asia dan kawasan sekitarnya.
MAG perkenal 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk A330neo pertama pada suku ketiga
Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) akan menambah jumlah pesawatnya dengan memperkenalkan 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk Airbus 330-900 (A330neo) pertamanya.
Malaysia Aviation Group perkenal seragam baharu, lebih moden
Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini melancarkan pakaian seragam darat baharu untuk petugas barisan hadapan cabang pengendalian daratnya, AeroDarat Services (ADS).